Takbir intiqal & Sujud (Kuliah Duha 5 Mac 2017)

✅ Takbir intiqal ertinya perpindahan, takbir intiqal berarti takbir yang diucapkan pada saat berpindah dari satu posisi ke posisi lainnya di dalam shalat, misalnya dari berdiri ke ruku’, dari ruku’ ke sujud.

✅ Cara sujud Rasulullah:

Rasulullah saat hendak melakukan sujud, meletakkan kedua lututnya terlebih dahulu sebelum kedua tangannya. Setelah meletakkan kedua lutut, beliau kemudian meletakkan kedua tangan, lalu kening, lalu hidung. 

✅ Larangan sujud seperti anjing,

Al-Bukhaariy rahimahullah berkata :

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ: سَمِعْتُ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ” اعْتَدِلُوا فِي السُّجُودِ، وَلَا يَبْسُطْ أَحَدُكُمْ ذِرَاعَيْهِ انْبِسَاطَ الْكَلْبِ ”

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyaar, ia berkata : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja’far, ia berkata : Telah menceritakan kepada kami Syu’bah, ia berkata : Aku mendengar Qataadah, dari Anas, dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda : “ Seimbanglah kalian ketika sujud, dan janganlah salah seorang di antara kalian meluruskan (menempelkan) kedua lengan/hastanya seperti anjing meluruskannya” [Shahiih Al-Bukhaariy no. 822].

✅ Sujud adalah saat terindah bersama Allah

Kedudukan jari kaki ketika sujud:

“Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…”. 

(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

✅ Sujud sekurang-kurangnya sebahagian jari kaki diletakkan di atas tanah atau lantai. Yang dikira ialah jari-jari bahagian tapak, bukan bahagian kuku. Namun yang paling sempurna ialah dengan meletakkan keseluruhan jari-jari kaki di atas lantai dengan melipatnya mengadap ke arah kiblat.

✅ Syarat sujud:

1) wajib dengan 7 anggota

2) dahi tidak berlapik

3) wajib menekankan kepada tempat sujud

4) wajib sujud dengan niat sujud 

5) tidak sujud ke atas sesuatu yang bergerak apabila tubug bergerak. Contoh telekung, serban

6) punggung lebih tinggi daripada kepala

7) mesti tomakninah

Posted in KULIAH DUHA JPLATINUM | Tagged | Leave a comment

PRS (Private Retirement Scheme) SATU MALAYSIA


Di sebelah kiri adalah ex banker kak Vin, fulltime perunding unit amanah di bawah agensi JPLATINUM, si manis tengah adalah Serena, wakil syarikat (staff) Public Mutual di bawah skim PRS & si hijabista saya. India, Cina & Melayu bersatu hati membawa Skim Persaraan Swasta yang membantu syarikat mengurangkan TAX & teknik “retain” kakitangan syarikat. 

Musafir ke KL untuk PRS project hari ini ke satu syarikat “Public Listed” yang terkenal sangat-sangat berbaloi. Pasaran PRS ini terlalu LUAS sebab ramai tak tahu.

Saya sharekan tulisan co- Founder Marhalis Hasan saya yang sangat osem tentang PRS :

Kawan saya wassap…”Marhalis, orang gomen boleh ambil PRS ke?”

Saya pun jawab “Boleh sangattt, untuk awak tu boleh kurangkan tax”

Aiseyman…Rupa2nya ramai kawan2 saya masih tak tahu, kurang pasti dan confused. Apa PRS nih? Kenapa perlu consider PRS nih? Maafkan saya, mungkin sebelum2 ini sharing saya tak sampai kepada anda, Meh den nak citer…A to Z pasal PRS ni. Panjang siket tapi kompom korang dah tak blurr2 lagi lepas ni.
Private Retirement Scheme? PRS? Apakah?

PRS ialah satu skim pelaburan SUKARELA jangka panjang yang direka untuk membantu individu (atau majikan) membuat simpanan untuk persaraan mereka. PRS ini adalah tambahan kepada caruman mandatori KWSP. Kerajaan perkenalkan tahun 2012. Tabung PRS ini lebih kurang sama macam KWSP, duit yang disimpan disini mostly hanya boleh diambil bila umur kita 55 tahun nanti

Nak buat boleh, tak nak buat pun boleh.

Agak2nya kenapa ramai yg memilih untuk menyimpan di PRS? 

(nota: Statistik terkini menunjukkan jumlah pelaburan di PRS telah melebihi RM1.6 bilion)

Jom fahamkan kenapa perlu menyimpan di PRS yang syariah compliant nih?

Saya pecahkan kepada 2 perkara, mengikut kategori umur okay. 

KUMPULAN PERTAMA:

Umur anda antara 20 hingga 30 tahun tahun ini. (Mak2… Tolong take note kalau ada anak2 dalam lingkungan umur ini ye) 

Dalam bajet 2017, kerajaan telah buat keputusan akan beri insentif percuma RM1k kepada golongan remaja yang menabung minimum RM1K dalam skim PRS ini. 

Invest 1k, Gomen beri free 1k. Rugi kalau tak ambik. Kenapa?

Katakan umur Farhan 20 tahun, Farhan belum kerja jadi saya hadiahkan 1k kepada Farhan, simpan dalam PRS. Automatik, Gomen akan beri 1k dimasukkan terus ke dalam akaun PRS Farhan. Umur 55 tahun baru Farhan ambil duit ini.

2k ini akan jadi berapa dalam masa 35 tahun nanti?
Jika pulangan 6% setahun ia akan jadi RM15,300

Jika pulangan 8% setahun ia akan jadi RM29,500

Jika pulangan 10% setahun ia akan jadi RM56,200

Caranya sangat mudah: 

 1. Buka akaun unit amanah PRS minimum RM1000, hanya perlukan IC

2. Eligibiliti umur 20 hingga 30 tahun. 

3. Automatik kerajaan akan beri insentif RM1000 secara percuma, dimasukkan terus ke dalam akaun PRS ini

3. Biarkan pelaburan RM2000 ini sehingga umur persaraan 55 tahun 

Senang sahaja dan sangat menarik ????????????????????????

Konsep yang mudah, anda simpan dan labur hari ini… lupakan – tebus pada umur persaraan.

KUMPULAN KEDUA:

Tak kisah berapa pun umur anda, dimana pun anda bekerja (swasta atau gomen atau bisnes sendiri) … DAN anda bayar tax setiap tahun

Anda bayar tax dan tidak claim PRS? Rugi! 
Kenapa rugi? 

Kerajaan membenarkan tax exemption sehingga RM3,000 setahun bagi Tax Payer yang mencarum dalam skim PRS.

Berapa jumlah “Tax Saving”?

Bergantung kepada chargeable income setahun dan tax rate:

Jika income setahun RM20,000, dapat tax saving RM180

Jika income setahun RM35,000, dapat tax saving RM330

Jika income setahun RM50,000, dapat tax saving RM570

Jika income setahun RM70,000, dapat tax saving RM720

Jika income setahun lebih RM100,000, dapat tax saving RM780

Wow! banyak juga saving tu! 

Caranya sangat mudah: 

1. Buka akaun unit amanah PRS minimum RM1000, hanya perlukan IC

3. Buat standing instruction RM250 setiap bulan ie potong terus dari akaun bank

4. Boleh juga terus simpan selepuk RM3k

5. Setiap tahun masa isi borang tax boleh masukkan tax exemption 3k PRS 

LAIN-LAIN PERKARA

Sama macam simpan dalam Unit Amanah lain, ada takaful free sehingga 100k max. Menarik! apa2 berlaku kepada kat pelabur, waris dapat duit takaful free.

Boleh share posting ini, semoga semua beroleh manfaat. 

Ingin maklumat lanjut? 

Rujuk http://www.ppa.my/prs/about-prs/overview/

Posted in PRS | Tagged | Leave a comment

ORGANISASI SYURGA

Visi & Misi BESAR membawa ahli-ahli JPLATINUM ke SYURGA. 

Antaranya mewujudkan Yayasan JPLATINUM. Selain aktiviti kemasyarakatan, JPLATINUM juga menaja program yang di lihat memberikan impak kepada ummah.

Tahniah Sekolah Menengah Agama Johor Jaya yang akan mewakili Malaysia dalam pertandingan rekacipta automotif di peringkat Antarabangsa.

Terima Kasih buat BIG HEART team JPLATINUM. 

(JPLATINUM adalah salah satu agensi perunding unit amanah yang besar di Malaysia di bawah syarikat unit amanah Public Mutual)

Posted in PROJEK KEMASYARAKATAN | Tagged | Leave a comment

HANYA YANG PAKAR

2017 banyak perubahan di lakukan. Termasuk poster training JPLATINUM.
Pagi-pagi waktu saya post di chatroom semua orang meroyan tengok poster baru training. 

Nak yang terbaik kena serahkan pada yang pakar. Poster ini saya buat sendiri? Tidak. Saya serahkan pada yang betul-betul pakar. Malam tadi anak saudara yang memang kerja hakiki arkitek siapkan poster ini. 

Terima kasih kakak Nabilah Raihan Norzam! Dahlah cantik, bijak, kreatif! Pakej! 

Bersemangat team JPLATINUM Southern warriors nak tambah ilmu terbaik untuk client kami.  

THE SECRET OF YOUR SUCCESS IS 

FOUND IN YOUR DAILY ROUTINE

8.00 Malam Public Mutual Taman Molek

Kenapa Public Mutual pilih Moscow? 

Patutlah!!!! FIFA 2018 di Moscow!

Posted in AKTIVITI JPLATINUM | Tagged | Leave a comment

BUSINESS PARTNER SYURGA

Di sebalik senyuman yang terukir & tudung hijabista ada banyak kisah-kisah jatuh bangun di sebalik senyuman itu.
Kisah jatuh bangun sebagai inspirasi sahabat syurga untuk terus berjuang dengan misi & visi & BIG WHY yang cukup besar. Beyond Moscow.

“Tiap apa yang mematah tegakmu

Tiap yang menolak

Tiap yang memijak-henyak

Biar di belakangmu
Jangan dikenang

Moga dibuang dendam dan sayu”

Semoga 2017 CEMERLANG untuk semua. 

ORANG RAJIN SELALU MENANG

MOSCOW MEMANG SENANG

JPLATINUM PUBLIC MUTUAL BANGSAR 

11, 15 & 17, Jalan Bangsar Utama 3, Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur 

Posted in AKTIVITI JPLATINUM | Tagged | Leave a comment

ORANG RAJIN SELALU MENANGMOSCOW MEMANG SENANG

Tagline JPLATINUM 2017 
Change frequency. Macam tu lah kaedahnya kalau kita sedih, kena tukar fokus. Otak seminit. Touch down KLIA pukul 10.30 pagi tadi sekarang on the way balik JB. 

Dah kena tukar mood bekerja. Setelah di kongsikan tips percutian penuh adventure masak sendiri, cari jalan sendiri tu belum cerita nebesnya kat cairo airport ya ampun! Macam pesalah jenayah. Rupanya memang macam tu kena sediakan duit ya. Mereka memang minta duit nak senangkan proses. Ketika beratur check in, depan kami Mr Khalid warga oman kata Mesir 20 tahun lalu tak macam ni. Desakan hidup! Scary! 

Ok, habis dah cerita pasal cairo & egypt, hidup ini perlu warna warni! Lepas ini kita cuti yang rileks plak. Tak perlu bawa apa-apa! Bawa badan je! Rajin kerja siap dapat duit shopping. Hotel 5 star, makan fine dining, jalan2 dah siap-siap tourist guide, Malaysia & negara yang kita pergi tu. 
Kerja 2017 dapat hadiah Moscow 2018. Sebelum Moscow geng Public Mutual akan pergi Barcelona bulan 5 ni. Free bawak badan je. Makan ya ampun sedapppp! Layanan macam raja! 

Lepas ni, makan moscow, mandi moscow, SOLAT JANGAN MOSCOW pulak. parah sangat dah tu! 

LAW OF ATTRACTION! MOSCOW sangat! 
Balik dalam flight Etihad cerita MOSCOW NEVER SLEEPS! Best lah pulak! Rare sangat 5 cerita warna warni masyarakat moscow di satukan dalam filem! Penuh pengajaran! I bagi 5 bintang! 

Agak-agak nak cuti 5 star ni percuma, saya sudi tunjukkan jalan. 

Posted in LAW OF ATTRACTION | Tagged | Leave a comment

1 JANUARY 2009 Hadiah Hari Jadi Ayah paling istimewa

8 tahun lepas ayah dapat hadiah hari jadi rare! Ayah dapat Adam Rayyan Hafiy Bin Ayob.
Adam Rayyan sepatutnya keluar 17/1/2009 tapi di sebabkan mama terlalu aktif adam keluar awal. Itu pun mama sempat jumpa client lagi sebelum adam lahir. Mama sempat baca personal money nak bagi update kat client & agent mama sambil menahan sakit nak bersalin.

Adam simpan tau cerita ini. Dah besar adam baca. Mama berhenti kerja makan gaji dan cuba buat business fulltime. Jadi mama memang tak plan pun nak ada Adam. 

2 bulan lepas mama berhenti kerja mama heran kenapalah makin gemuk, siap mama letak krim panas nak kasi kurus.rupa-rupanya mama mengandungkan Adam.

Kesian Adam, jauh berbeza mengandungkan adam dengan abang-abang. Adam ikut mama dalam perut panas naik kanc** ayah tak ada aircond sebab kereta vios asyik kena langgar dengan orang je tahun 2008. Setahun sampai 3 kali kena langgar. Pergi jumpa client, terboyot-boyot dekat roadshow berpanas. Buat talk dengan perut yang besar. 

Dah lah tu bila bersalin adam, duit cash mama kat saving akaun habis sebab baru start business & lalu macam-macam dugaan. Baki saving yang tinggal ada di tabung haji & unit trust, credit card dah decline, tabung haji tutup pulak sebab discharge pukul 6.00 petang daripada Hospital Penawar. Terpaksa ayah pinjam duit cik mai sekejap. Dalam 30 hari mama dah kerja. 

Pernah mama cerita dalam group training JPLATINUM, aunty2 ramai nangis. Mama kerja walaupun masih berpantang bukan sebab mama gila kerja tapi mama desperate cari duit. 

Adam kesayangan mama, ajar mama kuat. Pengalaman ini mama selalu share kat orang supaya jadi asbab kebaikan. Permata adalah batu biasa yang melalui tekanan & haba panas berterusan sehingga menghasilkan satu batu yang cukup bernilai.

Mama yakin Adam akan membesar menjadi seorang yang sangat kuat, istiqamah & ada matlamat & visi, tak menyerah kalah sebab mama dah ajar adam sejak dalam kandungan lagi. 

Di hari lahir adam yang kelapan, mama doakan semoga Allah Ya Barii aturkan rencana yang hebat sepanjang hidup adam di dunia dan akhirat. Comel adam pose gambar kat pyramid tu.. macam orang besar.. 

& buat ayah Adam, Selamat Hari Lahir ke 24 tahun, eh salah 42 tahun. Terima kasih atas segalanya & terima kasih kerana jadi imam terbaik untuk kami sekeluarga. Terima kasih mak sebab lahirkan anak lelaki yang sangat baik ❤️. Esok orang johor sekolah, lepas adam balik sekolah kami nak meraikan orang yang melahirkan ayah adam.

Posted in Motivasi UTC | Tagged | Leave a comment

ORANG JOHOR DAH REGISTER? 

Di buka kepada SEMUA Public Mutual Consultant. Sesiapa sahaja tanpa mengira darjat & kehenseman anda. 
Register di mana? 

UTC Connect – portal agent Public Mutual.

Posted in SEMINAR | Tagged | Leave a comment

TERBANG TUNDUK 2017

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi

Saksikan dengan mata

Rasakan dengan jiwa

Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang

Siapa sangka?

Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam

Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu

Tiap yang menolak

Tiap yang memijak-henyak

Biar di belakangmu

Jangan dikenang

Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan

Jangan kau izin aku lupa

Jangan kau biarkan aku mendepang dada

Pasakkan hatiku pada kaki

Paksakan ku tunduk sehingga mati

Posted in AKTIVITI JPLATINUM | Tagged | Leave a comment

SERAMPANG BERMATA-MATA

“baiknya lela ni rajin nak buat sharing kat branch orang lain” – statement ni ok ????
“Iskh kalau saya lah, buat apa nak susah2kan diri travel semata-mata nak ajar agent orang lain. Baik fokus kat agent sendiri” – statement ni kadang-kadang kecik hati jugak tau ???????????? cuma otak seminit so tak kecik hati dah lepas tu. 

Dalam coaching dengan leader saya selalu ajar work hard & SMART. 

Di sebabkan oleh media sosial tanpa sempadan, business saya berkembang dengan pantas di seluruh pelusuk Malaysia. Perkongsian di Mesir hari itu juga turut mengundang rakan media sosial di utara berminat untuk menjadi agent. 
Ini menuntut saya untuk travel ke utara untuk berjumpa team yang sedia ada di Utara & rakan-rakan media sosial yang berminat tadi. 

Bagai pucuk di cita ulam mendatang giteww bila branch utara menjemput saya sebagai speaker. Kenapa? WIN WIN SITUATION! WORK SMART babeh! 

Duit perjalanan & hotel saya di tanggung oleh Public Mutual. Saya dapat jumpa team saya sendiri. 

Pada masa yang sama saya dapat berkongsi ilmu dengan consultant lain yang bukan team JPLATINUM. Perkongsian daripada hati. Tiada yang di selindungkan. Semua strategi saya ceritakan. ILMU MILIK ALLAH. Tanya lah pada team JPLATINUM apa yang saya ajar pada orang lain, itulah yang saya ajar pada mereka. Kalau dengan ILMU yang saya kongsikan jadi asbab kebaikan kehidupan orang lain, saya harap ALLAH PANDANG saat di timbangan mizan. Ntahlah apa nasib saya di mashyar nanti. Harap-harap Allah redha, Allah suka. Kalau tak jumpa saya di syurga nanti, tolong cari saya ya sahabat. ❤️

BERBALOI rasanya perjalanan jauh kali ini. 

Dapat jumpa & buat Goal Setting 

???? JPLATINUM PENANG

???? JPLATINUM KEDAH 

Anak-anak didik JB, KL, UTARA jauh dekat semua di hati. Kasih sayang tak berbelah bagi. 

23/24 FEBRUARY saya & Co Founder JPLATINUM GAM Marhalis Hasan akan ada KOTA BHARU nak jumpa warriors kami di sana Emiey Emilia Suhaila Syahida & pada masa yang sama saya akan berkongsi dengan semua Consultant Public Mutual TERBUKA PADA SEMUA. Workshop 23/2 & BOP 24/2

Again! Work Smart babeh! Serampang bermata mata serampang beribu mata!

Posted in AKTIVITI JPLATINUM | Tagged | Leave a comment