Kuliah Hadith


Sheikh Abdul Rahman. 

Rabu 3 August 9.00 Malam

Seronok dengar orang arab cakap melayu. Tersenyum-senyum team Jplatinum sesekali tertawa bila dengar telo melayu arab ustaz yang comel & jenaka ustaz. 

Pesan ustaz, amalkan zikir-zikir mengingati Allah, sebab ini adalah perkara paling senang untuk di amalkan berdasarkan hadith:

1) Hadith berkaitan membaca ayat kursi sebelum tidur:

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi ‘Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum’, sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi”. (HR Bukhari)

Abu Hurairah meriwayatkan hadis:

2) Hadith berkaitan membaca surah Al-Mulk

Rasulullah SAW bersabda:

 “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

3) Hadith berkaitan membaca Alhamdulillah 33x, Subhanallah 33x & Allahuakbar 33x

Cara ketiga ini dilandaskan pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang mengisahkan bagaimana Rasulullah menanggapi keluhan orang-orang miskin yang merasa kalah beramal dengan orang-orang kaya karena harta mereka. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

أفلا أعلمكم شيئا تدركون به من سبقكم وتسبقون به من بعدكم ولا يكون أحد أفضل منكم إلا من صنع مثل ما صنعتم قالوا بلى يا رسول الله قال تسبحون وتحمدون وتكبرون خلف كل صلاة ثلاثا وثلاثين

“Maukah kalian aku ajarkan sesuatu yang dapat membuat kalian mengejar orang-orang yang mendahului kalian, dan yang dapat membuat kalian mendahului orang-orang yang sesudah kalian, serta tidak ada seorang pun yang lebih utama kecuali ia melakukan seperti yang kalian lakukan?” Mereka (para orang miskin) menjawab: “tentu, ya Rasulullah”. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam kemudian menjelaskan: “kalian bertsabih, dan bertahmid, dan bertakbir setiap selesai shalat sebanyak 33x.” (HR. Bukhari no. 843 dan HR. Muslim no. 595).

4) Hadith berkaitan Istighfar

Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : 

“Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya.” (Riwayat Al-Imam Abi Daud).

InsyaAllah, makbul doa kita jika sentiasa terus menerus beristighfar kepadaNya. Untuk merungkaikan kefahaman kelebihan istighfar, lihat sahaja kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.

Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya. Keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.

Seorang pembuat roti kemudian menawarkan imam ahmad tidur di rumahnha. Imam Ahmad terdengar si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.

Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. Maka si pembuat roti menjawab, “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi.“

Imam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?”

Jawab lelaki itu, “Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal.”

Maka kata Imam Ahmad, “Sayalah orangnya. Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal. Demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.”

Berkat istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut. Nyata kelebihan istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

5) hadith berkaitan Doa mohon berlindung daripada gangguan syaitan dan sekutunya :

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
Maksudnya : “Aku mohon berlindung dengan kalimah-kalimah Allah (Al-Quran atau asma’ Allah dan sifatNya) yang sempurna daripada setiap syaitan dan binatang berbisa yang boleh membunuh serta berlindung daripada setiap pandangan mata yang boleh mendatangkan kejahatan.”

(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

6) Hadith berkaitan perlindungan daripada sihir 

Doa buat seseorang yang terkena gangguan jin, sihir, atau ain. 

Nabi SAW pernah disihir oleh Labid bin Al-A’sham, seorang Yahudi Madinah.

Inilah doa Jibril yang dia bacakan kepada Nabi SAW:

بِسْمِ اللهِ أَرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيْكَ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ حَاسِدٍ، اَللهُ يَشْفِيْكَ، بِسْمِ اللهِ أَرْقِيْكَ

“Dengan menyebut nama Allah, saya meruqyahmu dari segala hal yang mengganggu, juga dari segala jiwa atau mata yang suka iri hati. Semoga Allah Menyembuhkanmu, dengan menyebut Nama Allah saya meruqyahmu.”
 (HR. Muslim, no. 2186)

???? Padat walaupun hanya satu jam. Perkara yang mudah, tapi adakala lupa nak di amalkan. Di hujung sessi, banyak pula soalan ustaz, sepertinya kagum dengan aktiviti group JPlatinum. Bagusnya aktiviti seperti ini katanya.

Susah 2 kali kami bersama Sheikh Abdul Rahman. Sambil minta saya mengajar isterinya masak nasi lemak ????????. 

JPlatinum & taman syurganya KULIAH HADITH 

& KULIAH DUHA pula sudah 3 tahun bersama ustaz kesayangan JPlatinum, Ustaz Mohd Hafiz Mansor. Ustaz hafiz kira dah mesra & masaklah dengan kakak2 & abang2 & adik2 di JPlatinum. Semoga ustaz segera sembuh. Boleh kami berkuliah duha lagi.

This entry was posted in AKTIVITI JPLATINUM and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>