SALES KICK OFF 2016 – MOSCOW 

Event tahunan yang dinantikan setiap hujung tahun. Public Mutual akan umumkan destinasi percutian & kempen jualan sepanjang 2017.
Walaupun paras pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (GDP) 2016 & Bursa Malaysia bergerak pada dagangan yang tidak begitu memberangsangkan, Public Mutual membuktikan, kesedaran awam mengenai keperluan unit amanah semakin baik, dengan pencapaian setakat oktober 2016:

✅ Nilai Asset Bersih Public Mutual adalah 70.6B, menguasai 46% industri unit amanah swasta & 41% skim persaraan swasta (PRS). 

✅ Jumlah pemegang akaun 3.3 juta.

✅ 267 Anugerah terkini 2016 -18 Anugerah antaranya, Pengurus Dana Islam terbaik, Anugerah Morning Star, KLIFF Pengurus Dana Islam paling cemerlang, Anugerah Dana Islam Global Thomson Reuters, Anugerah The Asset Tripple A. 

✅ Jualan skim EP* meningkat 9.6%, RM 3.4B manakala jualan pelaburan tunai sebanyak RM 2.2B, dengan jumlah keseluruhan jualan 5.5B

✅ Seramai 5,577 perunding unit amanah baru menyertai Public Mutual dengan peningkatan sebanyak 6.4%.

Gegaran positif di dalam ballroom bila CEO umumkan untuk tahun ini seramai 1940 perunding unit Amanah layak cabaran luar negara 2016 peningkatan sebanyak 2.5%, daripada jumlah keseluruhan 32,000 perunding unit amanah di Public Mutual. 

Terus hangat bila Melbourne & Moscow di umumkan sebagai target percutian seterusnya. Bergetar jantung rasa dengan tambahan insentif 20% tanpa had bagi pelaburan pelabur baru. 

Dan yang paling gembira, antara cadangan yang saya bawa di Crotia di terima untuk perunding unit Amanah yang baru yang mana mereka di berikan tempoh percuma sistem pengurusan pelanggan & agensi (CAMS) selama setahun. Terima kasih pihak pengurusan Public Mutual & saya lihat banyak cadangan sahabat-sahabat saya yang lain turut di pandang serius & diberi penambah baikkan melalui pengumuman CEO dalam event tadi. 

Yang pasti tahun ini 25 Top Leader di Public Mutual di berikan kelebihan membawa lebih ramai consultant ke majlis yang di tunggu-tunggu semua. Peluang yang di manfaatkan sebaiknya. Di sini lah JPLATINUM JB, JPLATINUM Muar, JPLATINUM KL, JPLATINUM Penang & JPLATINUM KB akhirnya bertemu. Mata bersinar persis efek glitter yang di tepek di muka kononnya ala-ala futuristic! 

Semoga 2017 terus menjadi tahun kejayaan buat JPLATINUM seperti tahun ini 2016, peningkatan total group sales sebanyak 30% menjadikan rekod group sales JPLATINUM setakat November 2016 sebanyak RM 58 juta. 

THE STRONGER THE FAITH

THE HARDER THE TESTS

THE GREATER THE REWARDS
#sko2017

#moscow

This entry was posted in AKTIVITI JPLATINUM and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>