Menyusuri kota cinta Venice & Menikmati indahnya bumi slovenia

Terima kasih Allah atas nikmatmu! GAM retreat untuk tahun ketiga & tahun-tahun seterusnya in shaa Allah bersama-sama “cream of the cream” Public Mutual.

Jejak pertama kami apabila kapal terbang mendarat, kami ke Mc Athur Glen Designer outlet! Shopping bagaikan terapi minda yang mengasyikkan. Prada & Fendi sebagai hadiah me”reward” diri. Walaupun tak cukup tidur segar mata bagai termotivasi.

20131118-170740.jpg

Keesokkan nya kami menyusuri Kota cinta Venice, menaiki Gondola & melawat tempat pembuatan gelas murano yang terkenal di Itali.

20131118-170749.jpg

20131118-170757.jpg

20131118-170806.jpg

Seharian di San Marco, kami bertolak ke Slovenia. Perjalanan selama 4 jam.

Bagaikan terpaku, gigih saya merakamkan pemandangan sepanjang perjalanan ke Slovenia. Bibir hanya mampu mengucapkan subhanallah subhanallah, betapa cantiknya Keindahan ciptaanmu ya Allah.

20131118-170815.jpg

Slovenia adalah sebahagian daripada jajahan Yugoslavia, merdeka pada tahun 1991. Ibu negara Slovenia adalah Lubljana. Bahasa yang mereka gunakan adalah slovene. Negara Eropah ini kaya dengan sumber air semulajadi, sebahagian daripada negara ini masih dilitupi oleh hutan. Sempadan Slovenia adalah Itali di sebelah barat, Austria di utara, Crotia di selatan.

Europe & Castle bagai tidak boleh di pisahkan. Kami melawat pusat tumpuan pelancong di Slovenia, Bled Castle, ditengah tasik Bled istana tertua sekitar tahun 1011. Cantik sungguh pemandangan di sini seperti di dalam poskad!

20131118-170840.jpg

Kami duduk di Hotel UNION di tengah bandar Ljubljana. Sangat hampir dengan “hotspot” pelancongan, city hall, robbas fountain, cathedral of St Nicholas, The Triple Bridge, Central Market.

20131118-170848.jpg

Dinner kami di atas castle Lubjana. Kami menaiki cable car ke menara Castle Lubjlana yang di bina sekitar abad ke 15, kemudiannya terbiar, sebelum di beli pada 1901, melalui proses pengubahsuaian selama 35 tahun & di jadikan muzium. Sebelum menjadi muzium castle ini di jadikan penjara. Sukar di gambarkan dengan kata-kata betapa cantiknya pemandangan daripada menara Castle ini.

20131118-170903.jpg

Hari terakhir di Slovenia kami ke Postojna cave. Gua garam kedua terbesar di slovenia sepanjang 21km. Maha suci Allah! Tuhan yang maha besar yang menjadikan keajaiban-keajaiban untuk kita berfikir!

Jauh perjalanan luas pemandangan, mengajak kita berfikir, “maka nikmat apakah lagi yang hendak kamu dustakan”.

Allahu akbar!

This entry was posted in DIARY LUAR NEGARA and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>