BRITISH AIRWAYS & DESTINASI SALJI PUTIH


Perjalanan yang agak panjang ke Zagreb, Croatia, 14 jam transit di London 2 jam sebelum meneruskan perjalanan lagi 2 jam ke Zagreb.

Selama 14 jam, sempat tidur & tengok 3 movie dengan perjalanan yang sangat tenang. Flight mendarat stabil di Zagreb dengan walaupun hujan turun berserta salji halus. 

Rasa YAKIN naik British Airways. 

Apa beza labur di Unit Amanah dengan Pasaran Saham terus? Labur di Unit Amanah macam kita naik Kapal Terbang yang ada Pilot & syarikat kapal terbang yang stabil macam British Airways. 

Objektif kita nak sampai ke Zagreb. Kita biar pilot yang bawa. Pilot ini macam pengurus dana unit amanah, mereka lah yang membawa hala tuju pelaburan. 

Kalau kita labur di Pasaran Saham terus umpama kita bawa jet kita sendiri. Kita lah pilot. Kalau tak pandai bawa memang bunuh diri menjunam terus. Tapi kalau pandai bawa, cepat sampai sebab lebih laju daripada kapal terbang biasa.

Ada orang malas nak fikir, nak selamat sampai dengan tenang, mereka pilih kapal terbang yang ada pilot & syarikat penerbangan yang kukuh. 

Objektif pelaburan macam destinasi yang kita nak tuju. Jadi British Airways hari ini dah bawa Top 25 GAM selamat sampai ke Destinasi Zagreb Croatia.

Bagi kami, perjalanan yang panjang bersama British Airways ini tentulah berbaloi melihat salji putih turun. Jakun dengan pemandangan. Orang jawa nampak salji! Macam tu lah destinasi akhir pelaburan unit amanah. Panjang perjalanan tetapi berbaloi akhirnya insya Allah. 

Allah ya musawwir! Cantiknya!

This entry was posted in DIARY LUAR NEGARA and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>