PANCIT DI TAMAN NEGARA PLITVICE 


Ada 8 taman negara di Croatia, salah satu yang tercantik adalah Taman Negara Plitvice. 

Salji yang baru turun seminggu menjadikan pemandangan sangat cantik sedang elok tidak terlalu tebal. Air terjun berkalsium tinggi membentuk batuan seperti bertangga. Tidak boleh memancing & berenang antara larangan taman negara yang di telah gazetkan ini. 

Beberapa laluan di tutup kerana air naik & kami terpaksa menaiki jalan pintas lain 200 anak tangga melalui gua. 

Semput tiada stamina, peha rasa sakit ya amat! Asid laktik berkumpul. Kena maintain comel sebab geng2 yang dah berusia lebih laju nampaknya. Dalam tak larat kepala hanya FOCUS nak sampai ke puncak. 

Panjat & turun bukit dengan laluan yang licin agak mencabar sebelum menyusuri tasik dengan bot melihat keindahan ciptaan ya halik ya malikul mulk. 

& kepuasan yang tak terungkap melihat betapa cantiknya gambar yang di rakam setelah melalui laluan yang sukar. 

Sesuatu yang boleh di kaitkan dengan laluan kejayaan, semuanya bermula daripada bawah sebelum mereka sampai ke puncak. 

Segala cabaran seperti semput, sakit kaki, penat, haus kerana perjalanan yang agak jauh di lalui dengan tabah akhirnya membuahkan kejayaan.

& Apabila sampai di puncak, pemandangannya sangat indah. Kalau give up di kaki gua ataupun berhenti & berpatah balik, mana mungkin dapat menatap keindahan itu.

This entry was posted in DIARY LUAR NEGARA and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>