SISTEM FEUDAL KE SISTEM EKONOMI KAPITALIS 


Dalam training JPLATINUM selalu saya ulang, kita dalam sistem ekonomi kapitalis, yang malas akan ketinggalan yang kaya akan semakin kaya. Sistem yang menekan tetapi ada yang lebih teruk & menekan iaitu sistem feudal di eropah. 

Hari ini perjalanan 1 jam daripada Zagreb ke Istana Trakoscan dibina sebagai kubu pertahanan kawasan Zagorje pada kurun ke 13. Hari ini istana merupakan muzium warisan sejarah menyimpan lukisan lama & peninggalan beratus tahun dahulu, & pernah di duduki oleh Lord.

Istana seperti ini merupakan lambang sistem feudal yang mana, Raja croatia pada zaman dahulu memiliki tanah & tanah ini kemudiannya di serahkan bawah jagaan Lord. Setiap Lord memiliki tanah & bagi memudahkan pentadbiran mereka serahkan kepada “knight”. “Farmer” di bawah pentadbiran knight akan bercucuk tanam & menggunakan hanya 10% sahaja, lebihan 90% akan di serahkan kepada knight. Knight kemudian mengambil bahagian mereka & menyerahkan kepada Lord seterusnya menyerahkan kepada King.

Dalam erti kata lain, melalui sistem ini, petani sehingga mereka mati akan menjadi golongan bawahan & tidak akan kaya. 

Zaman sekarang, melalui sistem ekonomi kapitalis semua orang mempunyai peluang untuk jadi kaya, individu bebas melakukan pekerjaan sesuai dengan keinginannya. Dengan demikian adanya kebebasan ekonomi dan persaingan ekonomi terjamin secara penuh untuk memperoleh manfaat sebesar-besarnya bagi mereka yang RAJIN. Di ulang bagi mereka yang RAJIN. Moral kena RAJIN. RAJIN RAJIN RAJIN. 

Dalam sistem ekonomi kapitalis bila ada modal, ada peluang memang akan semakin kaya. BENAR ia menekan! NAMUN kita TIADA PILIHAN. Kita tiada pilihan, pilihan yang ada adalah BERJAYA. 

Di doakan semua RAJIN & BERJAYA

This entry was posted in DIARY LUAR NEGARA and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>