TAK KAN LAH CANTIK SETIAP MASA


Sepanjang di Zagreb, Whatsapp group leader team JP aktif. Ada yang bertanya “Kenapa prestasi dana adakala bawah penanda aras?” 

Ada yang leader jawab buat saya tersenyum, 

“Kita takde crystal ball. Ada masa benchmark higher, kita bukan tuhan. Tanya dia, kalau lelaki, adakah dia suka wife dia masa cantik saja ke?” Ha ha ha win sangat jawapan ni. 

Berbalik kepada jawapan leader ini, saya cuba kaitkan adakala, syarikat yang kita cari makan memang superb, tapi ada juga kekurangan. Takkan cantik setiap masa, betul tak?  

Kenapa saya suka syarikat saya cari rezeki sekarang? Mereka membuka ruang untuk kami top leader menyampaikan sebarang cadangan atau penambaikan kepada CEO & Ya walaupun adakala cadangan yang di tolak, mereka membuka ruang perbincangan itu.

Ruang leaders bersuara di buka setiap tahun bagi top 25 leaders, rotation 2 hingga 3 leaders bagi satu sessi setiap kali waktu makan. Makan mewah & best.

FINE DINING antara kelebihan trip ini memberi suasana berfikir lebih baik dengan cadangan-cadangan penambaikan yang lebih memberikan situasi win-win kepada semua. 

Adakala memang geram dengan polisi yang tidak win di sebelah kita, takkan kita nak buang bila dah tak suka? Takkan semua indah sahaja? 

Rumput yang hijau kita lihat indah & best di tempat di tempat lain adakalanya rumput palsu beracun yang memusnahkan diri sendiri.

Keupayaan menilai sesuatu perkara dengan lebih rasional, menimbang buruk dan baik sangat penting untuk leader. 

Nota: Zagreb esplanade hotel best! HALAL friendly hotel. Terima kasih Public Mutual untuk arrangement hotel & makan yang tersangatlah best ????????????

This entry was posted in DIARY LUAR NEGARA and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>