Azan & Iqamah

IMG_3851.JPG

Hukum azan & iqamah, sunat muakkad.

Dalil: surah aljumaah ayat 9:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”

SIRAH azan & iqamah:

Abdullah bin Zaid & umar alkhatab bermimpi di ajarkan kalimah azan di ajar oleh malaikat. Kemudian 2 sahabat berjumpa Rasulullah & beritahu rasulullah. Rasulullah menyuruh abdullah bin zaid mengajar bilal bin rabah.

Kenapa rasullullah menyuruh bilal bin rabah? Menurut kesepakatan ulamak suara bilal bin rabah tegas & kuat. Sebab itu azan itu perlu di laungkan dengan tegas & kuat.

4 orang yang di angkat oleh rasullullah & digelar muazzim
1) bilal bin rabah
2) abdullah bin ummu maktum
3) abu mahzurah
4) saadun alqurazi

Ada 2 pendapat:
1) fardu khifayah
2) sunat khifayah

Azan & iqamah HANYA untuk SOLAT FARDHU

Selain solat fardhu, azan & iqamah sunat khifayyah

1) azan di laungkan kepada bayi yang baru lahir. Azan telinga KANAN iqamah telinga KIRI. Sebahagian ulamak menyifatkan kes zina yang banyak berlaku kerana bayi tidak di dengari dengan kalimah TAUHID.
2) Kalau orang sedang marah, sunnah nabi di azankan di telinga kanan.
3) Azan ketika nampak haiwan
4) Di azankan bagi orang yang di lamun cinta & sedang bermasalah. Gangguan sihir mata sihir hati. Betulkan kalimah tauhid
5) Terjadinya kebakaran/ bencana alam/ musibah – makrifat api boleh di kawal dengan kebakaran. Memperbetulkan akidah. Menyerahkan diri kepada ALLAH.
6) di laungkan pada orang yg pitam. Selain itu Surah HUD ayat 48 bacakan pada orang yg pitam & sakit kepala.
7) di laungkan kepada orang yang belayar
8) semasa peperangan
9) atas mayat yang baru saja yang di letakkan di dalam kubur
10) apabila terkena gangguan jin & syaitan

SAMBUNGAN kelas terdahulu:
TAFSIR surah yassin:

تَنْزِيلَ الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ

(Artinya) “Sebagai wahyu yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” [Yaa Siin : 5]

6. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, Karena itu mereka lalai.

Penting al quran :

1) Al quran ini peringatan
2) al quran hindar daripada nyanyuk – jangan tinggal baca alquran

Soalan:
Mana yang bagus baca satu juzuk atau baca sedikit tetapi cuba memahami?

Jawapan ustaz: Lebih bagus mentadabbur, membaca & memahami & beramal.

This entry was posted in KULIAH DUHA JPLATINUM and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>