IBADAH QURBAN

20131010-114257.jpg

Kuliah DUHA -IBADAH KORBAN
9 OCTOBER

Pengenalan Ustaz menekankan kepentingan menghadiri majlis ilmu:

Allah mengarahkan Malaikat Sayarah- tugas mendoakan orang-orang yang duduk di dalam majlis ilmu.

“Allahummafirlahuwarhamhu” – Ya Allah rahmati orang ini & ampunkannya.

IBADAH KORBAN

Memperbanyakkan amalan 10 Malam pertama zulhijjah

Surah fajri -demi waktu fajar & 10 malam( 10 malam yang pertama dalam bulan zulhijjah)

Menghidupkan 10 malam lebih baik daripada jihad fisabilillah.

Antara amalan:

1) memperbanyakkan berpuasa.
ISNIN – 9 zulhijjah – hari arafah. SUNNAH juga untuk bertakbir hari Arafah

Sesiapa yang berpuasa pada hari arafah, Allah akan mengampunkan dosa yang lalu & dosa setahun akan datang.

2) Banyakkan beribadah di waktu malam, tahajjud, berzikir, membaca quran. Beribadah di kala orang tak nampak, hanya kita & Allah

3) Banyakkan bersedekah

4) hiasi hari raya dengan takbir, (Allahuakbar) tahmid (alhamdulillah) & tahlil (Lailahaillallah) – malam raya sangat di galakkan untuk bertahajjud

5) 10 zulhijjah – di SUNAT kan untuk pergi awal ke masjid, solat SUNAT aidiladha & melakukan ibadah QURBAN.

Zulhijjah juga disebut sebagai bulan HARAM yang mana Allah lipatkan gandakan PAHALA. (4 bulan haram adalah zulhijjah, zulkaedah, Muharram)

QURBAN bermaksud dekat kan diri dengan Allah SWT.

Sejarah Nabi Ibrahim

Sejarah QURBAN apabila nabi ibrahim diperintahkan untuk menyembelih anaknya nabi Ismail,yang digantikan oleh Allah dengan kibas daripada langit.

Padahal jauh sebelum itu sejak awal manusia ada, Qurban itu sudah terjadi,Pada Kisah anak nabi Adam, Qabil dan Habil. Nabi adam setiap punya anak selalu ,kembar, Anak pertamanya Qabil yang kembarannya perempuan bernama Iqlima,pun berikutnya Habil dengan kembarannya perempuan bernama Lubuda. Qabil dan Iqlima adalah Pemuda dan pemudi yang rupawan dan cantik. Sedangkan habil dan Lubuda tidak serupawan dan secantik Qabil maupun iqlima
Kepada Nabi Adam Allah memberi ilham dan petunjuk agar kedua puteranya dikahwinkan dengan puterinya. Qabil dikahwinkan dengan adik Habil yang bernama Lubuda dan Habil dengan adik Qabil yang bernama Iqlima.

Nam un Qabil menolak,karena dia hanya ingin kawin dengan Iqlima yang cantik bukan dengan lubuda yang tidak cantik. Oleh Nabi Adam akhirnya dia menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhak menentukan pilihan jodohnya.Ternyata Kambingnya Habil lah yang diterima Allah dan Qurban Qabil yang berbentuk gandum di tolak.

Berbalik kepada Nabi Ibrahim, setelah nikah dengan siti Hajar dia dianugerahi seorang anak bernama Ismail.

Pada suatu hari nabi ibrahim diperintah oleh Allah untuk mengajak isterinya kekota Mekkah, beliau diperintahkan meninggalkan anak dan isterinya disana. Ketika isterinya bertanya alasan kenapa ditinggalkan di tanah yang gersang ini,Nabi Ibrahim hanya terdiam.Ketika ditanya yang ketiga kalinya oleh istrinya “apakah ini adalah perintah Tuhan” Nabi Ibrahim pun menjawab ya,ini adalah perintah Tuhan.Siti Hajarpun tenang, baginya Tuhan tentu tidak akan meninggalkannya dalam keadaan kelaparan maupun kesusahan”.

Suatu hari Nabi Ibrahim menziarahi anak dan isterinya di Mekkah,beliau mendapat mimpi untuk berkorban dengan apa yang paling disukainya. sampai berulang kali mimpi tersebut, nabi Ibrahim cuba mentafsirkan mimpi tersebut pada hari ke-8 yang disebut hari tarwiyah(mikir-mikir),sampai paham dan mengerti .pada hari ke-9 yang disebut Arofah (mengerti). Barulah nabi mengajak nabi Ismail kesuatu tempat,dan menceritakan ha l mimpinya tersebut.

Ketidaktegaan terhadap anaknya yang akan disembelih tidak melunturkan kepatuhan Nabi Ibrahim pada perintah Allah,hingga ketika pengorbanan terjadi Nabi Ibrahim lulus dari “uji kepatutan” dari Allah sehingga mengganti kurban nabi Ismail dengan kibas (kambing) yang diturunkan daripada langit, korban anak nabi adam yang di terima Allah.

Sesuai sejarahnya Qurban adalah bentuk kepatuhan seorang Hamba kepada Tuhannya,seperti yang dicontohkan Nabi Ibrahim. Qurb an juga mengajarkan kita peka terhadap lingkungan sosial sekeliling kita, dengan Qurban kita berkongsi rezeki dengan mereka-mereka yang kesusahan.

HUKUM IBADAH QURBAN:

1) korban untuk diri sendiri tak boleh untuk orang lain – korban IBADAH individu. Untuk anak2 yang dituntut oleh Ibu bapa adalah IBADAH aqiqah.

SUNAT korban- bagi mentah
SUNAT aqiqah – di masakkan

2) tidak boleh korbankan atas nama si mati

3) 4 hari ini HARAM PUASA & disunatkan buat IBADAH QURBAN dalam masa 4 hari.

HIKMAH QURBAN

1) membina kekuatan IMAN & TAUHID
2) membina kekuatan persaudaraan

Ayat 28 & 36 surah alhaj:

ALHAJ 28:”Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan bintang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

ALHAJ 36: Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kerpada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syi`ar ugama Allah untuk kamu pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikiannlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

Daripada ayat alhaj 28 & 36 HIKMAH: ibadah QURBAN membina kekuatan silaturrahim

3) kekuatan PERJUANGAN ISLAM di dahulukan barulah urusan dunia. Tekankan syariat.

This entry was posted in KULIAH DUHA JPLATINUM and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>