KULIAH DHUHA JPLATINUM 17/9

USTAZ HAFIZ MANSOR
Kisah pengalaman ustaz accident, bagaimana pergantungan kepada Allah & kepentingan kepada solat.
Sambungan :

BAB SOLAT:

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:

1. Qalbi (diingat dalam hati)

2. Qauli (diucap dengan lidah)

3. Fi’li (perbuatan)

Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, tak sah. suara angin, tak sah. baca dalam hati, lagi tak sah. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
Rukun qauli tu apa? Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi’li. niat rukun qalbi.

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]

2. Niat.[Qalbi]

3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]

4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]

5. Rukuk dengan tama’ninah .[Fi'li]

6. Iktidal dengan tama’ninah. [Fi'li]

7. Sujud dengan tama’ninah. [Fi'li]

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah. [Fi'li]

9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]

10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]

11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]

12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]

13. Tertib [Qalbi]

Ustaz sentuh 1 RUKUN yang sangat penting untuk kelas pagi ini:

Rukun qalbi atau hati pula ialah niat.

Namun demikian, ‘kerja’ hati di dalam solat tidaklah terhenti setakat niat sahaja. 

Kerja hati dalam solat adalah banyak dan umunya lebih rumit dan lebih berat dari anggota kerja jawarih dan lidah. 

Termasuk kerja hati ialah tawadhuk, khusyuk dan khuduk walaupun ia tidak termasuk dalam rukun solat.

Tawadhuk ialah merendahkan diri, merendahkan hati atau merendahkan ‘sayap’ ke hadrat Allah Taala yang disembah. Merasakan diri kecil dan kerdil di hadapan Allah. Merasakan diri hamba yang sebenar-benarnya tanpa ada rasa ‘tuan’ di dalam hati. 

Ustaz tekankan JANGAN WAS- WAS

Perasaan was-was yang mengganggu ibadah adalah gangguan fikiran dan syaitan. Hindarkan jiwa dari melayannya.

Pergi berubat kalau keterlaluan dan banyakkan baca QURAN.

Bahagian niat mempunyai tiga bahagian iaitu:

Qasad (ﻗﺼﺪ) – Sengaja mengerjakan solat

Ta’arudh (ﺗﻌﺮﺽ) – Meniatkan solat fardhu atau sunat

Ta’yiin (ﺗﻌﻴﻴﻦ) – Meniatkan jenis waktu solat

- bersambung ke kuliah seterusnya-

This entry was posted in KULIAH DUHA JPLATINUM and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>