Kuliah Duha Azan & Iqamah

IMG_5056.JPG

IMG_5033.JPG

KULIAH DUHA

Syarat-syarat azan:

1) melaungkan azan apabila telah masuk azan Fardhu, tidak sah melaungkan sebelum waktunya melainkan sebelum subuh. (1 jam sebelum subuh)

2) yang melaungkan azan mesti lelaki. Tidak sah kalau perempuan atau khunsa. Azan ini perlu dilaungkan dengan merdu. Sebab itu tidak di benarkan untuk wanita.

3) azan mestilah seorang muslim

4) azan mestilah mumayiz

5) mesti nyaringkan untuk solat jemaah

6) mesti azan di ulang dengan 2 lafaz kecuali pada takbir awal / kalimah akhir

7) tertib

8) berturut-turut

9) makruh berkata-kata
Di syaratkan dengan bahasa arab.

Perkara-perkara sunat dalam Azan & Iqamah

1) Sunat melantik muazzin yang adil – tidak melakukan dosa-dosa besar & tidak melakukan dosa-dosa kecil. Muazzin mesti amanah.

Agar berita yang di terima dapat di percayai orang.

Hari kiamat muazzin akan nampak tinggi bercahaya. Di antara mayat yang tidak di makan di bumi adalah mayat seorang muazzin

2) muazzin mestilah seorang yang merdeka bukan hamba.

3) suci daripada hadis kecil/hadis besar. Makruh di dalam keadaan berhadas besar.

4) di sunatkan bagi muazzin tidak mengambil upah walaubagaimanapun di zaman sekarang elaun itu di kira di benarkan memandangkan pada zaman rasulullah, golongan muazzin ini seperti bilal di tanggung oleh rasulullah & ada hak bagi harta rampasan perang.

5) sunat di nyaringkan /kuat sehingga jauh di dengar

Sambungan TAFSIR SURAH YASSIN

Ayat 7:

لَقَدْ حَقَّ الْقَوْلُ عَلَى أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman.

Ayat 8:
إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ أَغْلالا فَهِيَ إِلَى الأذْقَانِ فَهُمْ مُقْمَحُونَ

Sungguh, Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, karena itu mereka tertengadah.

Ulamak semakin tua semakin tajam fikiran hikmah alquran.

Orang yang tinggal quran mudah nyanyuk.

This entry was posted in KULIAH DUHA JPLATINUM and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>