Kuliah Duha JPLATINUM

KULIAH DUHA JPLATINUM

Alhamdulillah istiqamah, doakan kami istiqamah dengan objektif kami berbisnes, semoga akhirnya capai matlamat utama kami JANNATULFIRDAUS, jadi kami jadikan perjumpaan kami lebih kepada usaha-usaha kami mengimbangi ilmu dunia & akhirat.

Semoga apa kami usahakan di dunia mendapat ganjaran di akhirat. Di sini saya kongsikan sedikit ilmu-ilmu yang kami dapat melalui kuliah DUHA:

KULIAH DUHA 3

20131003-143413.jpg

KISAH SIRAH NABI IBRAHIM

Albaqarah- ayat 260

Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati.” Allah berfirman: “Belum yakinkah kamu ?” Ibrahim menjawab: “Aku telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku) Allah berfirman: “(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah[165] semuanya olehmu. (Allah berfirman): “Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera.” Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

SIRAH Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim a.s merupakan anak kepada tukang ukir, mengukir patung berhala untuk dijadikan sembahan.

Setelah diutus oleh Allah S.W.T untuk menjadi Nabi maka Nabi Ibrahim a.s memulakan dakwahnya yang kemudian membuat satu rancangan sebagai membuktikan kepada kaumnya dengan perbuatan yang nyata dan boleh dilihat dengan mata kasar, menyatakan bahawa berhala dan patung-patung mereka itu benar-benar tidak berguna bahkan tidak mampu untuk melindungi dirinya sendiri.

Sudah menjadi kebiasaan adat tradisi penduduk kerajaan Babilion keluar dari kota untuk beberapa hari untuk merayakan hari raya untuk tuhan patung berhala mereka. Nabi Ibrahim a.s menggunakan kesempatan itu untuk menghancurkan semua patung berhala mereka di kota kecuali satu berhala besar & menggantungkan kapak di berhala besar itu.

Maka setelah mereka pulang dari pesta itu mereka amat terkejut akan kejadian itu dan mengetahui itu adalah perbuatan Nabi Ibrahim a.s dan beliau dibawa menghadap hakim dan disambut dengan cemuhan, teriakan, cercaan dari kaumnya yang ingkar.

Setelah dibuat perbicaraan maka Nabi Ibrahim a.s dijatuhkan hukum bakar namun dengan keizinan Allah S.W.T api yang panas menjadi sejuk mendinginkan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ibrahim a.s terselamat daripada kejadian itu dan terus berdakwah kepada kaumnya.

Apakah Ibrak? Iaitu PENGAJARAN yang boleh di ambil?

1) Iman bukan satu perkara yang di warisi – Islam perlu dididik.
2) TIDAK BOLEH TAAT kepada MAKHLUK dalam perkara yang membawa maksiat walaupun Ibu bapa kita.
3) Dalam berniaga, menjual perkara yang di haramkan, HUKUMnya HARAM. (Dalam unit trust JANGAN JUAL CONVENTIONAL)
4) kuatkan pergantungan IMAN dengan Allah apabila di Uji. Segala UJIAN KEMBALILAH kepada Allah.
5) konsep TAWAKAL kepada ALLAH. Hanya Allah sahaja yang boleh MENYELAMATKAN. PENYERAHAN DIRI kepada Allah. Nikmat yang paling BESAR merasakan nikmat TAWAKAL kepada Allah. (Tiada lagi bisikan kecil hati & redha setiap jua apa yang Allah berikan)
-Amalkan zikir Lailahaillallah.
-Banyakkan surah al ikhlas untuk meningkatkan keikhlasan kepada Allah.
6) cerdik & hikmah dalam tindakan.
AKAL perlu diasah supaya cerdik dalam tindakan mengikut PANDUAN IMAN.

KULIAH DUHA 2

20131003-143534.jpg

“AMALAN SEDEKAH mendapat pahala HAJI MABRUR”

Pengenalan:
IBADAH HAJI:
Wajib ada niat nak pergi haji. Kalau ada harta, tetapi tak pergi, tiada niat akan di persoalkan oleh Allah.

Hasil orang menunaikan haji ada 3:

1) haji yang mabrur – haji di terima di sisi Allah SWT.
Syarat:
-perbelanjaan yang di kumpul untuk haji halal lagi baik.
- mendalami ilmu haji, memahami rukun
- niat yang ikhlas semata2 kerana Allah, tiada riak, ikhlas, darjat.

2) haji yang makbul – haji yang di terima tetapi tak mabrur.

3) haji yang mardud – haji yang tertolak & rosak.

Matlamat: IKHLASkan niat HANYA KERANA ALLAH.

Antara lain selepas SOLAT SUBUH berzikir, ittikaf sehingga terbit fajar kemudian solat DUHA mendapat PAHALA BESAR iaitu HAJI yang MABRUR.

kisah: Abdullah Mubarak – wali yang terkenal, kaya tetapi ZUHUD, memfaatkan kekayaan ke jalan ALLAH.

Setiap 2 tahun haji, beselang seli dengan jihad dengan mensedekahkan kelengkapan perang.

Kisah 1: Abdullah Mubarak
Dalam satu musim haji, Abdullah bermimpi dialog 2 malaikat, daripada 600 ribu orang yang menunaikan haji, tiada yang mendapat haji mabrur tetapi ada seorang yang mendapat pahala haji yang mabrur, Ali bin Wafak. Selepas terjaga daripada mimpi, Abdullah terus ke Damsyik mencari Ali, didapati Ali adalah tukang kasut, kemudian Abdullah bertanya Ali, apakah amalan, Ali menjawab hampir 30 tahun mengumpul duit, sampai masa nak pergi haji kemudian si isteri yang mengandung mengidam masakan jiran, kemudian jiran tak bagi, kerana masakan itu “halal bagi kami tidak halal bagi kamu, bangkai keldai yang di jumpa di hutan, halal kerana kami kelaparan”.

Ali sangat sedih, kemudian Ali mensedekahkan semua duit nak pergi haji kepada jirannya.

PENTING:

- usaha & pastikan DUIT yang HALAL & NIAT, mudah2an Kita mendapat PAHALA HAJI yang MABRUR. Ikhlas semua KERANA ALLAH.

Kisah 2 Abdullah Mubarak

Sewaktu perjalanan haji drpd iraq ke mekah, Sewaktu di Kufah, Abdullah melihat perempuan memegang bangkai ayam, & bertanya kepada wanita, wanita itu menjawab kerana terpaksa kerana kemiskinan kemudian Abdullah mensedekahkan semua duit kepada wanita itu.

Abdullah tidak menunaikan haji kemudian pulang ke Iraq, sesampai di Iraq, dia di ziarahi jiran tetangga mengucapkan terima kasih kerana Abdullah membantu mereka ketika menunaikan haji. Kemudian Abdullah bermimpi bahawa dia mendapat pahala haji yang mabrur walaupun tidak menunaikan haji kerana SEDEKAH Abdullah kepada wanita itu.

PENGAJARAN: banyak AMALAN lain yang membolehkan kita mendapat PAHALA HAJI yang MABRUR, seperti SEDEKAH yang mana PENTING untuk kita IKHLASKAN hati kita.

Daripada IMAM GHAZALI, tengok dunia, pandang lah orang yang di bawah & BERSYUKUR dengan apa yang Allah berikan kepada kita.

SEDEKAH kerana ALLAH.

Sunat muakkad untuk melaksanakan IBADAH QURBAN.

Mazhab Hambali & Maliki: WAJIB
Mazhab Shafie: SUNAT muakkad

Kalau SUSAH ada MASALAH, laksanakan IBADAH QURBAN semata2 kerana Allah Insya Allah akan di berikan penyelesaian oleh Allah SWT

ERTI HIDUP PADA MEMBERI- menikmati kehidupan kepada orang lain.

PASTIKAN SEDEKAH BUKAN SIA2:

1) Pastikan duit HALAL
2) mesti dengan niat yang IKHLAS kerana ALLAH.

TIPS nak cepat pergi HAJI:

1) banyak kan berselawat kerana Masyair haji adalah IBADAH Rasullillah. – BERKAT SELAWAT, bertawassul dengan Rasullullah untuk Allah perkenankan hajat kita.

2) banyakkan doa, “ya Allah sampaikan Hajat kami untuk menunaikan haji & ziarah nabi Muhammad”

KULIAH DUHA 1

20131003-143616.jpg

4 PERKARA MATLAMAT ibadah selepas RAMADHAN

TERUSKAN 4 matlamat untuk 11 bulan seterusnya

1) melahirkan hamba yang bertaqwa.
Albaqarah 183:
Ibadah Ramadhan yang lepas utk lahirkan hamba yang bertaqwa

Untuk tingkatan TAQWA.

Di dalam hati andai ada TAQWA, kita akan takut kepada Allah.

TAQWA akan lahirkan anak yang soleh, keluarga yang baik, hamba yang soleh.

Kisah saidina omar, TAQWA sebagai pemerintah.

Bila kita ada sifat TAQWA kita tidak akan menipu dalam BUSINESS.

Kalau kita Takut kat Allah, Allah akan bukakan seluas luasnya PINTU REZEKI.

Bagi orang kafir dunia syurga bagi mukmin dunia adalah penjara.

Surat alfatah ayat yang pertama. Inna fatahna,

2) Melahirkan HAMBA yang bersyukur

WALAINSYAKARTUM laazindannakumm

Sedikit syukur banyak pun syukur

Rugi syukur
Balik modal syukur
Untung pun syukur

TANDA orang yang bersyukur adalah orang yang mendirikan solat.

Syukur dengan hati
Syukur dengan lidah

SOLAT jangan tinggal. Jaga solat WAJIB & tambahkan juga dengan solat2 sunat.

Syukur dengan nikmat sihat, dengan kemudahan berniaga, tangan, mata, kaki.

Semua REZEKI atas ASBAB Allah Swt. JANGAN TAKABBUR.

Abd Rahman Auf, sahabat Nabi yang paling kaya & paling pandai berniaga.

Sangat hebat menginfakkan harta, solat malam tidak pernah tinggal.

Banyakkan ZAKAT, BANYAKKAN BERSEDEQAH- istiqamah penyebab kepada kurniaan rezeki

3) banyakkan DOA

albaqarah ayat 186

Minta jadi hamba yang dapat PETUNJUK dengan banyakkan berdoa.

Minta pertolongan dengan ALLAH barulah minta pertolongan dengan manusia.

Apa jua kita buat KENA banyak MINTA dengan Allah.

Nabi yang hebat maksum, syurga di jamin sentiasa MENADAH TANGAN MINTA pada ALLAH.

Doa yang MAHAL adalah BERKATKAN REZEKI kita!

Allah datangkan kerisauan di hati walaupun kaya raya kerana tiada keberkatan rezeki.

Hati TENANG – berkat
Hati BIMBANG – tiada berkat

DOA ANAK yang SOLEH lebih hebat daripada anak yang pandai tetapi biadap pada ibu bapa.

Berniaga – doa penting.

REZEKI BERKAT, orang melihat dengan kasih sayang.

4) melahirkan hamba yang berjaya dunia & akhirat

Ayat 189: bertaqwa kepada Allah berjaya dunia & akhirat.

Lebihkan akhirat dunia akan bersama kita.

ALLAH MATLAMAT KITA
ALLAH MATLAMAT KITA

This entry was posted in KULIAH DUHA JPLATINUM and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>