1 JANUARY 2009 Hadiah Hari Jadi Ayah paling istimewa

8 tahun lepas ayah dapat hadiah hari jadi rare! Ayah dapat Adam Rayyan Hafiy Bin Ayob.
Adam Rayyan sepatutnya keluar 17/1/2009 tapi di sebabkan mama terlalu aktif adam keluar awal. Itu pun mama sempat jumpa client lagi sebelum adam lahir. Mama sempat baca personal money nak bagi update kat client & agent mama sambil menahan sakit nak bersalin.

Adam simpan tau cerita ini. Dah besar adam baca. Mama berhenti kerja makan gaji dan cuba buat business fulltime. Jadi mama memang tak plan pun nak ada Adam. 

2 bulan lepas mama berhenti kerja mama heran kenapalah makin gemuk, siap mama letak krim panas nak kasi kurus.rupa-rupanya mama mengandungkan Adam.

Kesian Adam, jauh berbeza mengandungkan adam dengan abang-abang. Adam ikut mama dalam perut panas naik kanc** ayah tak ada aircond sebab kereta vios asyik kena langgar dengan orang je tahun 2008. Setahun sampai 3 kali kena langgar. Pergi jumpa client, terboyot-boyot dekat roadshow berpanas. Buat talk dengan perut yang besar. 

Dah lah tu bila bersalin adam, duit cash mama kat saving akaun habis sebab baru start business & lalu macam-macam dugaan. Baki saving yang tinggal ada di tabung haji & unit trust, credit card dah decline, tabung haji tutup pulak sebab discharge pukul 6.00 petang daripada Hospital Penawar. Terpaksa ayah pinjam duit cik mai sekejap. Dalam 30 hari mama dah kerja. 

Pernah mama cerita dalam group training JPLATINUM, aunty2 ramai nangis. Mama kerja walaupun masih berpantang bukan sebab mama gila kerja tapi mama desperate cari duit. 

Adam kesayangan mama, ajar mama kuat. Pengalaman ini mama selalu share kat orang supaya jadi asbab kebaikan. Permata adalah batu biasa yang melalui tekanan & haba panas berterusan sehingga menghasilkan satu batu yang cukup bernilai.

Mama yakin Adam akan membesar menjadi seorang yang sangat kuat, istiqamah & ada matlamat & visi, tak menyerah kalah sebab mama dah ajar adam sejak dalam kandungan lagi. 

Di hari lahir adam yang kelapan, mama doakan semoga Allah Ya Barii aturkan rencana yang hebat sepanjang hidup adam di dunia dan akhirat. Comel adam pose gambar kat pyramid tu.. macam orang besar.. 

& buat ayah Adam, Selamat Hari Lahir ke 24 tahun, eh salah 42 tahun. Terima kasih atas segalanya & terima kasih kerana jadi imam terbaik untuk kami sekeluarga. Terima kasih mak sebab lahirkan anak lelaki yang sangat baik ❤️. Esok orang johor sekolah, lepas adam balik sekolah kami nak meraikan orang yang melahirkan ayah adam.

This entry was posted in Motivasi UTC and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>