10 Sales Warriors TERHEBAT JPLATINUM

I am tremendous leader! Strong Group Builder! GAM no.1. Inilah INPUT yang saya masukkan dalam subconscious mind berulang-ulang kali. Saya nampak hasilnya.

20120923-092509.jpg
Setelah lahir 2 GAM, saya kini mempunyai 10 sales warriors yang sangat hebat, bakal GAM ke 3 hingga ke 13!

20120923-092712.jpg

Sales warrior 1: Faeza – saya pernah menulis tentangnya di blog ini.

Sales warrior 2: Siti Zahara Ayub. Bekas manager ariani terus mengambil tindakan berani full-time April tahun lepas memang bukan calang-calang hebatnya. Hanya setahun sahaja masa yang di ambil untuk menjadi agency manager, million dollar producer. Orangnya penuh kasih sayang, sales & recruitment seiring memang hebat. Setahun sahaja personal sales telah mencecah hampir 4 juta!

Sales warrior 3: en hubby tercenta.

Sales warrior 4: Norehan Nasip. Bertemu dengan wanita hebat ini di surau Petronas! Graduan biz study UITM, bekas marketing exac di syarikat logistic ini kami gelar, kapal selam hebat! Senyap tapi RESULT memang bergegar! Million dollar producer & amsterdam qualifier ini sangat baik hati, rajin & leader yang hebat.

Sales Warrior 5: Mazman Abdullah, agent outstation saya daripada Kedah ini memang humble, baik & warrior! Million dollar producer & amsterdam qualifier bakal menggegarkan UTARA.

Sales warrior 6: Fazlina Jainun
Cekal! Bermula naik bas & turun bas melalui halangan demi halangan untuk ke kelas & buat sales. Bekas jurujual Chan Furniture ini memang TABAH! hasilnya sekarang million dollar producer & hampir untuk qualify amsterdam. K lela doakan kejayaanmu dik!

Sales Warrior 7: Aza Aziz.
Kecil molek berjiwa besar. Isteri kepada GM di sebuah syarikat tersohor ini sangat bijak membahagikan masa antara kerja amal & bisnes unit trust. Million dollar producer ini sedang mengejar Amsterdam!

Sales Warrior 8: Sarifah Mesron.
Graduan account daripada UUM ini antara consultant saya yang paling bijak. Dia yang juga merupakan sepupu saya antara agency builder yang hebat. Melahirkan ramai consultant cemerlang di bawahnya, saya yakin beliau akan cepat menjadi GAM.

Sales warrior 9: Noor farazila Darmin.
Adik kesayangan saya yang mempunyai pertembungan karektor macam langit & bumi! Orangnya sangat berbeza. Sukar membuka hatinya. Graduan tourism management ini tidak bekerja dan saya ambil untuk jadi PA saya. Alhamdulillah selepas 2 tahun hatinya terbuka & 5 bulan lepas ambil keputusan untuk buat full-time. RESULT HEBAT! million dollar producer ini hampir menjadi agency manager!

Sales warrior 10: Laila Mustapha.
CANTIK, MANJA, BIJAK! Saya nampak wanita hebat ini punya masa depan cerah kerana hebat merekrut & prestasi sales yang meletop.

RAMAI LAGI sales warriors yang hebat-hebat. Akan saya kongsikan!

Dr Azizan kata nak berjaya kena ada MENTOR!

SAYA BERSEDIA MENJADI MENTOR ANDA!

Note: ketika article ini ditulis saya sedang merehatkan diri hujung minggu sambil melayan anak-anak .

20120923-100945.jpg
I lov my life! Enjoy every minutes!

This entry was posted in Motivasi UTC and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to 10 Sales Warriors TERHEBAT JPLATINUM

  1. sohoque says:

    mentor yg hebat. sy admire anda as a mentor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>