9 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA – DR AZIZAN

Pagi-pagi penting untuk beri input MINDA dengan video-video MOTIVASI & yang positif-positif sahaja. Nampak status di whatsapp group, negara di tadbir oleh sekumpulan pokemon kita kasi petang sikit ha ha. 

Bagus video dr azizan ini boleh di kaitkan dengan business masing-masing kecil atau besar. 

Nak kaitkan dengan business perundingan pelaburan unit amanah

1) KETABAHAN yang TINGGI – tanpa ketabahan yang kuat sukar nak bertahan lama. Bila ada rejection memang kena kuat untuk terima & move on NEXT NEXT NEXT. Bila jadi leader di dalam networking business hati kena kental dengan macam-macam dugaan membesarkan legasi & agensi

2) Berani ambil risiko – bersedia untuk menerima persaingan & bersaing lah secara sihat
3) Memiliki pelbagai kebolehan – kebolehan & minat boleh di gunakan untuk menjadi usahawan

4) Berwawasan – cita-cita macam tak logik tapi pegang teguh kepada cita-cita. Contoh nak ada Nilai Asset Pelaburan dalam jagaan kita RM 500 juta (yang ini boleh beri career benefit – di dalam business nit amanah ada income di panggil PENCEN, dan kalau nilai asset yang di pegang RM 500 juta memang confirm lah PENCEN ratusan ribu sebulan) 

5) Matlamat luar biasa – bukan setakat nak dapat duit, matlamat yang ikhlas nak tambah nilai kepada kehidupan orang lain. 

6) Mampu menghadapi kritikan – ada kritikan membina kita ambil untuk perbaiki, namun begitu kena juga kenalpasti kritikan yang nak menjatuhkan, kita kena buat DEK je. 
7) Kesederhanaan – walaupun mampu berbelanja besar, SIMPAN & LABUR. 
8) Kreatif – sentiasa mencari idea penambahkan baikan business & peluang-peluang. Jangan lupa selalu baca Allah ya musawwir, ya alim, ya hakim, ya rashid berikan & limpahkan idea serta dikurniakan kecerdikan. 

9) FOCUS – ayoooooo fokus lah! Jangan LOMPAT-LOMPAT. Sekejap nak buat tu sekejap nak buat ni.

This entry was posted in Motivasi UTC and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>