Aku jatuh CINTA lagi

Bersawang blog tanpa update semenjak dua bulan lepas. Sibuk. Setiap tahun selepas bertukar kerjaya menjadi rutin Ramadhan masa untuk menukar focus. Inilah sesungguhnya yang di cari-cari. Dan barulah seminggu dua ini saya baru mula bekerja.

Alhamdulillah Ramadhan yang lepas cukup indah, hanya dua kali saya singgah ke bazar Ramadhan, selebihnya anak-anak menikmati air tangan ibu, terutama untuk sayang mama anas Luqman hakim yang berpuasa penuh seawal 6 tahun, Alhamdulillah walaupun tak sebaik abang Aiman yang mula berpuasa penuh sejak usia 5 tahun.

20120911-232817.jpg

20120911-232941.jpg

20120911-233002.jpg

20120911-233021.jpg

20120911-233048.jpg

20120911-233106.jpg

20120911-233125.jpg
Antara masakan berbuka sepanjang Ramadhan. Ya Allah bersyukur aku padamu ya Allah atas kerjaya yang indah ini, masa kutentukan sendiri.

Dan sebenarnya tajuk yang melankolik itu di tulis buat suamiku tercinta, bergetar hati semakin mencintainya bila melihat kasihnya suami menjaga ibu mertua yang diserang strok seminggu berpuasa & sekali lagi bersyukur sebab Allah beri hadiah hebat yang mana kerjaya kami sekarang membenarkan kami menjaga ibu. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan, mak semakin ceria, sudah boleh berjalan secara perlahan & bercakap walaupun kurang jelas.

20120911-233724.jpg

20120911-233754.jpg

20120911-233815.jpg
Anas peneman setia ayah menghantar nenek ke hospital.

Dan yang paling best saya & suami tak perlu cuti untuk aktiviti osem kami dan syukur anak sulong pun kami didik untuk bersama kami. Allah lapik hati saya drpd perasaan menunjuk tapi hasrat saya nak bawa ramai kawan-kawan untuk sama menikmati peluang ibadah yang saya kecapi. Jom join saya sekarang, tahun depan Ramadhan ikut kami sama-sama ke aktiviti paling osem pernah saya lalui dalam hidup saya.

Inilah aktiviti osem yang saya maksudkan. Salam sayang semua!

20120911-234527.jpg

This entry was posted in Motivasi UTC. Bookmark the permalink.

2 Responses to Aku jatuh CINTA lagi

  1. mazlin says:

    congratt warrior!!
    u and ayob are my inspiration!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>