Aku mencari cinta mu Allah

IMG_7158.JPG

IMG_7123.JPG

IMG_7167.JPG

2 hari ini, air mata itu basah, hati yang keras ini kami basuh dengan program sebegini. Cinta kami kerana mu ya rahim ya rahman.

Fahami lah duhai hamba, bahawa apa sahaja yang di miliki di langit & di bumi ini bukan milikmu, hatta kejayaan yang kau miliki juga kerana Allah mengizinkannya!

Janganlah sombong & bongkak mendabik dada, takkan Allah izinkan syurga buatmu.

Solat berjemaah dengan bicara hati. Bicara hati mencari cinta Allah. Ibrah perjuangan rasullullah, tetapkan hati ini wahai ya khaliq, agar perjuangan ini sesuci perjuangan rasulullah.

Usai solat maghrib berjemaah, prof wan memberi tazkirah bagaimana mencari khusyu’ solat. Sebelum solat, baca bacalah ya mumit, bayangkan pedang yang tajam sedang memutuskan satu tali, putuskan tali dunia & makhluk. Bayangkan kebesaran Allah raja kepada alam semesta.

Berjalanlah di muka bumi allah. Melihat keindahan dan keajaiban ciptaan Ilahi. Terlalu sempurna dan tersirat dengan segala macam hikmah yang tersembunyi. Kita hanya sekadar manusia yang terlalu lemah, tetapi kenapa masih ada yang begitu mendabik dada merasa angkuh dan sombong? Melihat beberapa contoh keajaiban ini, terasa diri begitu kerdil. Saat itu hadirkan rasa khusyu’ di dalam solat.

kalau solat tidak khusyu’ maksudnya roh kita mati.

SUJUD kerana ALLAH! Kurangkan agenda peribadi, ingat bahawa kita hamba Allah yang mempunyai peranan di muka bumi bukan untuk bersenang lenang.

Mabit bersama cinta hati, kami tahajjud bersama,

Alhamdulillah, usai tahajjud & solat subuh,

TAHAJJUD Formula Sultan Alfateh menawan konstantinopel.

“Tahajud dgn memanggil2 Nama Allah di pagi hari mampu membuang selaput yg menutup matahati dari memandang yg hakiki iaitu Nama dan Sifat2Nya di sebalik alam, manusia, peristiwa dan setiap makhluq. Langkah pertama yg perlu diambil pada jalan menuju keredhaan Allah ialah penyucian hati dan taubat, zahir dan batin. Taubat zahir dlm perkataan, perbuatan dan perasaan, menjaga kehidupan agar bebas dari dosa dan kesalahan dan cenderung utk berbuat kebaikan dan ketaatan kepada Allah, meninggalkan keengkaran dan penentangan terhadap Allah, mencari kesejahteraan dan kedamaian, menjauhi pergaduhan. Taubat bathin dilakukan dihati, penyucian hati dari hawa nafsu duniawi dan hati bulat berazam mahu mencapai dekat dengan Allah. Amal zikir berikut ‘ Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, sucikan kotoran dunia yg melekat dihatiku agar daku dapat datang dekat denganMu, dan Ya Mani’ yg Maha Mencegah, cegahlah diriku dp perbuatan dosa dan kejahatan, Ya Barr yg Maha Baik, kurniakanku sifat kebaikan agar daku dapat taat dan sentiasa melakukan kebaikan. Ya Salam, kurniakan kesejahteraan dan kedamaian dalam hidupku di dunia, alam barzakh dan akhirat”.

Semoga kita istiqamah dengan tahajjud team!

This entry was posted in Motivasi UTC. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>