“Aku tidak mampu bertahan lagi… Ya Allah”

20120626-071816.jpg

Saya percaya semua orang mempunyai masalah, dugaan & rintangan. bagaimana kita menangani rintangan & dugaan itu? Melalui pembacaan, kelas2 motivasi seperti mudah namun secara praktikalnya pula bagaimana anda menyelesaikannya? Dalam industri unit trust, saya percaya rejection, malas, malu, kekangan kewangan, buntu mencari client, alasan2 downline ketika mula berbiz adalah cabaran yang agak sukar, sehinggakan inilah punca ramai yang tidak sustain di dalam business. Dalaman yang tidak kental & tiada semangat juang melawan dugaan itu dan akhirnya membiarkan impian yang dibina dirampas dengan kejam oleh KEGAGALAN DALAMAN yang DICIPTA OLEH DIRI SENDIRI. Percayalah kata saya bahawa orang YANG BERJAYA melalui dugaan yang MAHA HEBAT, & kerana mereka menggunakan kehebatan AKAL & DALAMAN kental mengatasi masalah dengan positif maka dengan izin Allah mereka sangat BERJAYA.

20120626-072009.jpg

Kekuatan dalaman yang HEBAT INI hanya terhasil melalui proses UJIAN sang PENCIPTA yang berulang-ulang sebagimana hebatnya hukum pengulangan di alam semesta ini. Maka indahkan UJIAN itu? Mengapa harus kita bersedih & mengeluh dengan UJIAN itu kerana UJIAN ADALAH SATU PROSES PENGULANGAN yang akan menjadikan kita seorang yang HEBAT!

20120626-072216.jpg

Subhanallah grand canyon yang saya lawati bulan lepas adalah tanda alam yang tunduk pada hukum pengulangan sang PENCIPTA.

Maka jangan sesekali KALAH, PASRAH dengan UJIAN itu! Saya bahkan MERAYU dengan ANDA agar menjaga, menatang segala IMPIAN & JANGAN GENTAR dugaan yang sememangnya sangat sinonim dengan kehidupan!

Nota: nukilan motivasi ini ditulis di subuh hari istimewa untuk anak-anak didikku yang baru full-time @ baru dalam unit trust industry.

20120626-072430.jpg

Siapa yang paling osem sekali? Orang yang osem adalah orang yang FAHAM bahawa DUGAAN itu PERLU untuk jadikan diri mereka HEBAT!

This entry was posted in Motivasi UTC and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to “Aku tidak mampu bertahan lagi… Ya Allah”

  1. sohoque says:

    satu suntikan semangat… untuk saya juga yang terkadang alpa akan objektif utama yang ingin digapai.

  2. surin says:

    Wah!! Awesome!! TQ So much! :-)

  3. Faizul says:

    Tq Lela for your inspiring article…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>