AWARD, MENGEJAR GLAMOUR & AIR MATA

IMG_3693.JPG

2008, saya & suami berhenti kerja. Istikharah kami menggerakkan kami untuk buat biz unit trust. Tarikh keramat 7 Jan 2008, dengan ayat azimat “DO or DIE” teruskan perjuangan atau TIADA turning back, teramat sukar, Market drop, recession, malah income makan gaji lebih besar daripada buat unit trust, sukar utk yakinkan client, kami mula mengorek saving untuk modal roadshow & agency building & saya menangis apabila credit card saya DECLINE, & suami terpaksa meminjam duit dengan adik untuk keluarkan saya daripada hospital ketika bersalin anak ketiga saya 1/1/2009. Saya cuma pegang istikharah, & percaya ADA PELANGI di sebalik HUJAN. 2009 & 2010 NEVER GIVE UP, pertengahan 2009 biz meningkat naik & alhamdulillah sehingga ke hari ini. Syukur, saya TIDAK QUIT & pegang & HOLD DREAM tu.

Saya adalah orang yang sangat BERSUNGGUH2 & RAJIN. Alang2 buat biz biar sampai jadi JUTAWAN. Saya meletakkan orang yang berjaya sebagai sumber inspirasi. Masih segar 2008, saya terhegeh2 bersalam, bergambar dengan semua GAM hebat di PUBLIC MUTUAL. Biar aura kehebatan mereka terpalit pada saya. Saya berazam untuk jadi seperti mereka, HEBAT sebaris seperti mereka. Gambar mereka saya letak di Ofis. Saya pandang dengan hati yang berbunga2, satu hari nanti pasti saya sehebat mereka.

Bila saya meletakkan saya ingin menjadi yang TERBAIK, ia TIDAK BERMAKSUD saya ingin mengejar GLAMOUR & AWARD! Saya ingin membuktikan saya sebagai ICON, budak comot, kampung mampu SEBARIS dengan orang HEBAT. Saya INGIN SEKALI MEMBERIKAN HARAPAN pada orang lain bahawa KEJAYAAN itu MILIK ALLAH pada mereka yang BERUSAHA, PERCAYA lah rezeki itu MILIK ALLAH pada mereka yang berusaha.

Saat saya menulis, air mata saya turun tanpa HENTI, 5 tahun, dengan USAHA, DOA & AIR MATA tatkala UJIAN demi UJIAN Allah datangkan, tatkala saya di asak dengan berbagai kata keji, umpatan & cacian orang, JATUH BANGUN membesarkan agency, dibenci, di fitnah, saya BERPEGANG ya Allah pada mu ku serahkan SEGALA PERGANTUNGANku padamu!

Terima kasih ikhlas daripada saya buat semua sahabat2 yang bersama2 dalam perjuangan saya, buat guru2 saya dalam unit trust terutama GAM Suriani, anak2 buah pimpinan saya yang mengasihi saya kerana Allah, semoga ukhwah fillah kita sehingga ke jannah, buat suami yang setia di sisi saat jatuh & bangun, anak2 yang memahami, keluarga abg & kakak yang membesarkan saya semenjak saya kehilangan ibu & bapa, buat ibu mertua saya kerana doa tanpa henti untuk kami, co. Public mutual yang sangat supportive & BUAT SANG PENCIPTA YANG MAHA AGUNG! Ya Allah pada mu ku PANJAT KESYUKURAN dengan linangan air mata kerana mendengar rintihan saat ku berduka, bersama setiap NAFASku & terima kasih Allah atas kejayaan ini.

No. 2 NATIONWIDE GAM adalah KEJAYAAN SEMUA, semua yang MEMPERCAYAI bagi Allah yang menciptakan segala apa yang di LANGIT & BUMI, bagi nya sangat mudah memberi apa yang kita MINTA, “DOA, MINTA, PERCAYA”

Utusan & the Star: 17 Mei 2013
1st RUNNER UP Group Agency Manager NATIONwide.

This entry was posted in Motivasi UTC and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>