Bertahanlah wahai para pejuang!

Jangan berputus asa – alzumar ayat 29

Ramai orang bertanya apakah rahsia saya konsisten dan berupaya menarik ramai orang datang ke group meeting mingguan.

Jawapannya adalah jangan berputus asa.

Pada awal 2008, saya hanyalah seorang agency supervisor. Oleh kerana saya sangat faham untuk berjaya kita perlu mengambil tindakan proaktif maka saya bertindak untuk mengadakan meeting mingguan di rumah.

Ketika itu hanya 2 orang yang hadir. Kawan baik saya ketika bekerja di bahagian RND syarikat . Bermula daripada 2, bilangan meningkat ke 5 orang & akhirnya rumah saya di Taman Kota Masai ketika itu tidak lagi mampu menampung bilangan yang meningkat ke 15 dan 20 orang. Rumah itulah menjadi saksi saya merekrut consultant bawahan saya yang hebat-hebat sekarang ini. Diruang tamulah saya mengajar CUTE – kelas exam, mengajar start up class. Bila di kenang kembali tersenyum simpul. Apa tidaknya setiap malam rumah saya penuh dengan agen datang minta saya buat on the spot BOP – business preview.

Kemudian saya menyewa di ruang ofis di Bandar Seri Alam, agen bertambah daripada 20 ke 30 orang, tapi adakala hanya 10 orang yang datang. Hati saya meruntun sedih, apa tidaknya seharian saya mencari bahan untuk training tetapi agen tidak hadir dengan berbagai alasan. Saya teruskan perjuangan, stand up! Jangan berputus asa!

Saya teruskan dan alhamdulillah, pada waktu-waktu biasa di bandar seri alam sekitar 40 hingga 80 orang yang datang setiap minggu bergantung kepada topik yang saya SMS.

20120129-095654.jpg

Gambar terkini training di Bandar Seri Alam yang menyaksikan kehadiran consultant datang mencari ilmu!

Maka istiqamahlah wahai para pejuang!!

Apabila saya berpindah daripada Taman Kota Masai di Pasir Gudang ke Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru, sekali lagi saya menggunakan rumah saya untuk beraktiviti bagi consultant saya disekitar Johor Bahru.Terkini saya sudah membuka cawangan baru di Bandar Baru UDA. Seperti biasa pada awal saya memulakan meeting mingguan, hanya 3 orang yang hadir. Teruskan, bak kata pepatah, membina gunung yang tinggi bermula dengan mengutip batu-batu yang kecil.

Alhamdulillah sekarang saya mampu tersenyum dan menarik nafas lega menyaksikan team JB saban hari semakin ramai, kini jumlah meningkat ke sekitar 25 hingga 30 orang. Tidak mustahil team JB saya mampu mencabar team Pasir Gudang saya.

20120129-100052.jpg

Hati saya semakin berbunga-bunga, bila minggu lepas leader-leader Pasir gudang sudah terasa hangat dengan kebangkitan team JB. semarak perjuangan mereka hebat sekali, janji mereka akan terus memenuhkan “crowd” meeting mingguan dan tidak akan membiarkan team JB mengalahkan mereka!

Bercerita pula meeting bulanan saya di Sg petani, pernah yang datang hanya 3 orang, bayangkan perjalanan yang jauh tidak memadamkan semangat saya, berputus asa jauh sekali. Tarikh 14 Jan meeting pertama saya untuk tahun 2012, saya juga mampu tersenyum dengan 10 orang yang hadir.

20120129-100717.jpg

Di Shah Alam pula saya masih mencari formula, pernah saya datang hanya seorang yang hadir. Pantang saya mengalah, semangat perjuangan saya terus membara, “I am a fighter, true warrior”. Saya akan teruskan, azam dan impian saya untuk mendapat group yang besar di kawasan emas itu.

Air mata saya yang mengalir bila melihat meeting mingguan saya kosong dulu terbayar kini. Dalam apa jua keadaan, apa jua business, di ruangan blog ini saya menulis pengalaman agar dapat di kongsi sahabat-sahabat semua. Jangan berputus asa. Allah pasti akan menguji hamba-hamba yang dikasihinya.

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang buat group meeting biar sampai penuh terus bertahan.

This entry was posted in Motivasi UTC and tagged , . Bookmark the permalink.

13 Responses to Bertahanlah wahai para pejuang!

  1. Tq for sharing your experience Sis. InsyaAllah saya pun nak jadi GAM cemerlang macam Lela jugak! :)

  2. md sulaiman says:

    tahniah. saya pun akan teruskan juga

  3. mariah ibrahim says:

    great experiences…..loves yr words…..JANGAN BERPUTUS ASA…..terus menulis yr experiences untuk memberi dan membakar semangat org2 baru like me….will be soonest like you LELA……gogogogogogo….

  4. Lis says:

    Very inspiring sister! Keep it up!

  5. Lis says:

    one more thing, Abg Halim kata, he’s waiting for Ayob’s blog :)

  6. noor zarina abdul wahid says:

    Alhamdulillah, sharing is caring tq dear, sangat teruja membaca blog lela, Congrats!!! memang memberi Motivasi

  7. fazlina.linot says:

    terasa bahang j platinum….membuak2 semangt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>