Bestnya kerjaya unit amanah

IMG_3689.JPG

IMG_3688.JPG

IMG_3690.JPG

IMG_3691.JPG

“Mama cuti sekolah ni kita pergi mana? “. Seperti trend “generasi Z” lahir di antara tahun 1995-2012, cuti sekolah pasti terisi.

Suami mengajar sebolehnya cuba mengatakan TIDAK kepada mereka. Ajar anak-anak ini erti kepayahan untuk mendapatkan sesuatu. Saya kira ramai lah di antara kita memang bukan senang untuk mendapat sesuatu. Berusaha nak dapatkan sendiri, jadi ada sifat-sifat yang tidak mudah mengalah dengan cabaran.

Sebenarnya sudah terfikir bagaimana anak-anak generasi Z ini nanti. Semuanya tersedia di depan mata. Suami keras, saya pula tak sampai hati. Selalu kalah juga dengan pujukan anak-anak ini. Suami macam bermain tarik tali. Kalau berlebih-lebih dia akan sekat. Aktiviti rehlah mesti ada ciri-ciri pendidikan, mesti sebab reward kerana berkelakuan baik, jaga solat. Tapi kalau kita terlalu sekat pun tak boleh juga, kerana persekitaran mereka membesar dalam keadaan itu.

Syukur kerja yang flexible ini sangat membantu untuk add VALUE kepada anak2 ini. 24 jam sepanjang cuti sekolah masa mereka terisi bersama. Kami angkut mereka bila jumpa client atau consultant, ada reward kalau mereka berkelakuan baik & bekerjasama. Kalau bergaduh tolak markah! tak boleh dapat apa yang mereka minta.

So reward atas kelakuan baik cuti sekolah ini tapi tak lah markah tu 100% kan. Masih ada gaduh-gaduh dalam kereta (tolak markah tak dapat beli lego di legoland) , Jadi dapat pergi colmar tropicale bukit tinggi, petrosains, ikut mama mini gathering geng2 mrsm muar, ber party dengan clown sempena birthday anak aunty Mazni.

Maka berakhirnya seminggu cuti-cuti sekolah. Esok kena setkan di minda anak-anak ini belajar bersungguh-sungguh. Bukan A yang di kejar tapi nilai ilmu kerana Allah!

This entry was posted in Motivasi UTC and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>