Client, berkongsi dan kebijaksanaan berbeza.

20120206-165323.jpg

Di dalam buku Ustaz Pahrol Juoi, MUKMIN PROFESIONAL, dinyatakan di bahagian formula kecemerlangan individu adalah seseorang itu mestilah mempunyai visi dan misi hidup yang tepat dan jelas. Berupaya membangun potensi diri ke tahap maksimum dengan bakat, kelebihan dan kecenderungan yang unik dan tersendiri.

” tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Tuhan hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza-beza”

Sessi bertemu client memang banyak mematangkan saya. Banyak yang saya belajar daripada client dan client belajar daripada saya.

Setiap orang mempunyai keistimewaan yang berbeza, maka tidak perlulah kita merasa untuk angkuh dan sombong dengan kelebihan yang kita ada sebab ada kelebihan orang lain yang tiada pada kita.

Dengan konsep itu saya membakar client saya hari ini untuk melakukan perubahan, untuk kaya dan berjaya. Saya tidak memilih client, sesiapa sahaja yang melabur dengan saya sangat saya hargai. Kerana merekalah saya berjaya seperti sekarang.

20120206-165434.jpg

Abg Zaidi sudah 4 tahun menjadi client setia saya, bekerja biasa di kilang sebagai welder. Lama berkenalan rupa-rupanya bukan welder biasa, dia pernah memenangi JUARA pertandingan welder satu Malaysia. Dia kata dia sangat minat bidang itu dan seorang yang sangat teliti. Saranan saya;

1) pergi seminar kekayaan dan kejayaan sebagai jalan pintas berguru dengan MENTOR seperti Dr Azizan Osman
2) mohon bekerja offshore berjauhan sementara dengan keluarga dan kumpul modal berniaga.
3) Abg Zaidi selalu senyum bila saya bagi idea jadi perunding unit amanah. Saya faham setiap orang Allah jadikan unik dengan bakat berbeza.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini, setiap orang di dunia ini sangat istimewa. Kenali potensi diri dan kembangkan sehingga menjadi jutawan beriman dan memberi manfaat kepada yang lain.

Saya sangat bahagia. Saya bahagia kerana dapat berkongsi dan memberi ilmu yang bermanfaat kepada client. Dan ukhwah berpanjangan kerana client juga menghargainya.

20120206-165549.jpg

Alhamdulillah jemput makan semua. Ini hidangan istimewa daripada Abg Zaidi dan isteri. Sekali lagi rasa bahagia :)

This entry was posted in Motivasi UTC. Bookmark the permalink.

4 Responses to Client, berkongsi dan kebijaksanaan berbeza.

  1. Memang betul Lela, Allah ciptakan setiap orang mempunyai keistimewaan yang berbeza. Kalau semua orang sesuai jadi Unit Trust Consultant, susah lah kita nak buat bisnes. Nak jual dengan siapa pulak kan. hahahhaha :)

    • admin says:

      :) )) tu yang best business ni.. Kita tak paksa untuk orang jadi macam kita. Always have two choice, kalau x nak jadi consultant, jadi investor. Selalu motivasi client untuk kaya, client kaya & berjaya kita pun sangattttt happy.

  2. Faizul says:

    Mukmin Professional – highly recommended reading for all UTC. Saya hadiahkan buku ni pada my group’s top producer for 2011. Kalau baca dua tiga kali pun tak boring.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>