French Riviera & Monaco GAM Retreat

GAM TRIP kali ini bertema rich & famous khas untuk cream of the cream di Public Mutual.

French Riviera atau Cote d’azur adalah sebuah kawasan pesisir pantai laut Mediterranean di tenggara Perancis. Ia merupakan kawasan resort paling popular di Eropah. Bandar-bandar di sini ialah cannes, monte carlo, antibes, Juan les Pins, Frejus & Nice.
Sebelum kurun ke 18 ia adalah kawasan terpencil, menjadi popular selepas itu dengan pelbagai usaha di lakukan oleh usahawan Britain. Ia popular di kalangan golongan pemerintah spt Alexandre ll (Tsar Russia), Napoleon (maharaja perancis) Leopard ll, & Ratu Victoria & juga tempat pelukis mencari ilham seperti Pablo Picasso & Auguste Renoir. 

Menerima cahaya matahari tanpa hujan selama selama 300 hari dalam setahun dengan iklim mediterranean menjadikan ia popular di kalangan pelancong. Pemandangan sepanjang jalan sungguh cantik dengan kejernihan air laut, pasir putih & pohon palma cantik tersusun sepanjang pantai.

Nice adalah bandar kedua popular di kalangan pelancong selepas paris. 

Gordes terletak di selatan France. Pemandangan indah dengan wangian lavenvender semerbak. Panoramic view on the Village of Gordes.
Monaco adalah negara kecil yang terletak di kawasan French Riviera. Negara kedua terkecil di dunia selepas vatican city. Negara paling padat di dunia dengan 32,000 penduduk. Penduduk tidak perlu membayar cukai pendapatan & kebanyakan golongan hartawan. Putera Albert mengetuai negara raja berpelambagaan ini. Terbahagi kepada 3 wilayah Monaco Ville, Monte Carlo & La Condomine. 

Monte Carlo adalah syurga bagi orang kaya. Ia terkenal dengan kasino, perjudian, kapal layar mewah & tempat pertemuan ahli perniagaan & orang ternama. Ia sinonim dengan sukan lumba kereta formula one ( trek popular di sini Circuit de Monaco) & seringkali menjadi lokasi penggambaran filem-filem barat, James Bond. 

Port de Monaco terletak di wilayah La Condamine. Pemandangan di sini sangat menakjubkan dengan deretan bot mewah berlatar belakang bangunan tinggi pencakar langit.   
    
    
    
    
 

This entry was posted in Motivasi UTC. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>