Gaji Lima angka, berhenti kerja! 6 bulan sahaja di promote ke Agency Manager

20130605-072936.jpg!

Pertama kali berjumpa wanita ini saya sudah jatuh hati! Ada ikatan hati antara kami berdua.

Akhir 2007, saya berjumpa dengannya di roadshow public mutual Johor Specialist Hospital. Saya masih part time ketika itu. Karektornya yang penuh sopan santun, merendah diri, membuatkan saya ingatkan beliau staff biasa-biasa tanpa menduga beliau adalah Chief Group Pharmacist bagi 18 hospital KPJ di Malaysia.

Bermula sebagai investor, saya berjaya meyakinkan kakak kesayangan saya ini untuk menjadi unit trust consultant secara part time. Di sebabkan kesibukan posisi beliau di dalam corporate world mengekang wanita ini untuk membuat business unit trust. Sehinggalah pada 2010, Allah membukakan peluang kami bersama, selama 40 hari sebagai roommate dalam perjalanan haji yang sangat indah dalam kenangan, memberi peluang untuk bersama-sama bercerita daripada hati ke hati, apa istimewanya business yang sedang saya lakukan. Apa yang membuka hati wanita ini adalah sepanjang saya melakukan ibadah haji, bercuti, saya mempunyai pasif income sedangkan beliau kena tolak gaji. Hubungan kami yang akrab seperti keluarga, membenarkan k lis melihat kehidupan saya menguruskan anak-anak, suami & kehidupan saya yang fleksibel tanpa kongkongan. Saya menguruskan agensi juga daripada rumah. Cara saya lebih kekeluargaan, dengan itu lebih mengikat hati keibuan bagi ibu-ibu yang ingin kan pendapatan pada masa yang sama punya masa bersama keluarga.

Saya memahami hati seorang ibu, apatah lagi melihat k lis yang sibuk membuatkan saya terus memujuk beliau meninggalkan dunia corporate. June 2012 secara rasminya k lis meletakkan jawatan meninggalkan gaji yang sangat lumayan saya kira pada usia 37 tahun, RM XX, XXX.

Hanya 6 bulan sahaja selepas fulltime, beliau di promote ke AGENCY MANAGER & sudah mula dapat income 5 angka. Bukan itu sahaja, k lis juga berjaya menjadi 1st RUNNER UP, Agency Supervisor 2012. Semua dalam masa 6 bulan!

Alhamdulillah! Syukur syukur syukur! Tiada yang lebih bermakna bagi saya melihat anak-anak didik unit trust saya berjaya.

Bagi saya wanita yang lembut ini, sebenarnya sangat bijak penuh karisma, maka tak hairanlah beliau boleh berjaya dalam masa yang singkat.

Saya doakan k lis berjaya menjadi GAM FAST TRACK! Merealisasikan impian, my ultimate goal! To add value to people life melahirkan ramai GAM.

Untuk k lis yang disayangi kerana Allah, kita ada banyak misi & visi yang perlu di laksanakan. Ayuh MEMPERKASAKAN UMMAH!

This entry was posted in Motivasi UTC and tagged , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Gaji Lima angka, berhenti kerja! 6 bulan sahaja di promote ke Agency Manager

  1. nurul farhana says:

    kak lis,ur story inspire many people..kak lela,u are a great teacher.thats why Allah gave you a great student..=)..love both of you..me next..ikut jejak akak-akak kesayangan jplatinum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>