Impian, haji & kemabruran

Pada awal 2008, ketika saya baru berhenti kerja saya belajar daripada seorang sahabat yang sangat berjaya di insurance, kita mesti ada: SMART GOAL

S – specific
M – measurable
A – achievable
R – realistic
T – time bound

Dalam diary kecil yang saya pandang setiap hari saya impikan dalam masa 3 tahun salah satunya ialah menunaikan fardhu haji.

20120306-203017.jpg

Kata dr azizan, bila kita minta, kita mesti rasa getaran sampai berpeluh MINTA sesungguhnya.

Alhamdulillah 2010 saya & suami menunaikan fardhu haji dengan duit yang saya kumpul daripada hasil titik peluh saya di unit trust.

20120306-203801.jpg
Perjalanan Indah haji 2010 dibumi arafah

20120306-203903.jpg

Bersama sahabat baik yang juga saya anggap kakak saya sendiri hajah Marhalis & suaminya.

20120306-204053.jpg

Perjalanan menuju tempat melontar, mengajar erti kesabaran.

20120306-204234.jpg

Sempat bergathering di bumi mekah penuh rahmat kerana Sifu, GAM suriani juga mengerjakan haji pada tahun yang sama.

Ini pandangan peribadi saya, ampunkan salah silap saya. Bagi kawan-kawan yang takut nak menunaikan haji kerana kurang bersedia, bagi saya pergilah tanpa hiraukan pandangan manusia. Biarkan kata-kata orang yang mengatakan HAJI ANDA MABRUR atau tidak kerana itu urusan Allah. Pesan suami yang selalu saya pegang, kalau saya berasa sedih dengan kata-kata orang di belakang, maksudnya saya tidak ikhlas dalam ibadah atau apa juga yang saya lakukan.

Iman itu ada pasang surut dan pengalaman saya, Ibadah haji yang saya lalu 2010 menjadi pengingat pada saya untuk kembali kepada trek laluan agar tidak tersasar kerana saya manusia biasa yang sentiasa diuji. Wallahualam.

20120306-204510.jpg

20120306-204650.jpg

Alhamdulillah berjumpa semula teman-teman haji 3 minggu lepas, mengubat rindu. Hanya Allah saja yang tahu perasaan itu.

20120306-204753.jpg

Terima kasih buat Hjh Wirdad & suami, Prof Dr Hj Aznan atas undangan & nasi mandi yang sedap sekali. Next time jemput lagi.

This entry was posted in Motivasi UTC and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>