Lahirnya GAM saya yang pertama!

20120507-124035.jpg

Inilah anak sulung saya, GAM yang pertama saya. GAM hebat Norma Mohamed.

Bagaimana saya mengenali Norma Mohamed?

20120507-124513.jpg

Rumah ini adalah saksi kehadiran consultant hebat bernama Norma Mohamed. March 2008 beliau datang ke rumah saya kerana beliau berminat untuk menjadi unit trust consultant, ketika itu Norma di bawa oleh uplinenya yang merupakan kawan saya, tapi kawan saya tidak aktif. Dan di rumah ini juga leaders hebat di bawah Norma iaitu AM Norhaniza direkrut & AM Junaidah datang ke rumah berminat untuk jadi agent ketika saya dalam pantang. Di rumah inilah kami ber BOP & ber CUTE class. Sehinggalah bila rumah tak muat menampung kehadiran agent yang semakin ramai, saya menyewa Ofis. RUMAH PENUH SEJARAH!

Kali pertama melihat wanita besi ini terserlah karisma kepimpinannya. 15 tahun bergelomang dengan bisnes MLM – tagline beliau meniaga larut malam.

20120507-124648.jpg

Gambar awal Norma & suami ketika mula berjinak dalam industri unit amanah.

20120507-124834.jpg

Bermula sebagai partime, selama setahun beliau sangat rajin join roadshow & mengambil langkah berani berhenti kerja sebagai pegawai sumber manusia di sebuah kilang ternama di Pasir gudang.

20120507-125237.jpg

Beliau sangat fokus & bertanggungjawab kepada client & group. May 2010 beliau di naikkan pangkat ke agency manager.

20120507-125626.jpg

20120507-125829.jpg

20120507-125912.jpg

Walaupun lebih berumur daripada saya, bagi saya dia seorang yang teachable & menghormati saya sebagai leader yang jauh lebih muda.

Perasaan saya cukup INDAH dengan KEJAYAAN ini.

& apabila menerima SMS daripada beliau baru2 ini, saya menangis gembira,

“Slm Ms Teng dah buat confirmation dgn HQ sebentar tadi Nama Akak dlm List GAM promotion 1/5. Akak nak ucap kan Jutaan terima kasih Pada lela kerana banyak mengajar Dan memberi Ilmu pada Akak. Akhirnya Sampai juga Ke tempat yg diidamkan Oleh semua org …..GAM ….. Walaupun tidak sebumbung dgn Jplatinum lagi, Jasamu tetap ku kenang Sampai bila2. Doakan Akak berjaya, kaya Dan beriman. Hanya Allah yg boleh membalas segala apa yg lela telah berikan pada Akak selama ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan Akhirat Kita semua. Amin”

Sebak sangat rasa, YA ALLAH permudahkan segala urusannya & semoga GAM ini berjaya dunia & akhirat!

SAYA SAYANG K NORMA DUNIA & AKHIRAT!

This entry was posted in Motivasi UTC and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>