Leader osem yang humble!!

20120514-195755.jpg

Dalam training minggu lepas kami sangat touching, kerana perkongsian salah seorang leader JPLATINUM.

Jom kita berkenalan dengan leader OSEM ini,

CM Iza Faeza @ Khairul Iza

Dia adalah kawan baik saya di RND di department kilang kami. Bekas electrical Engineer ini adalah agent pertama saya. Dia berhenti kerja dahulu daripada saya. Dia sangat cekal. Bila saya fulltime, kami selalu keluar bersama meredah & berroadshow. Dia buddy saya.

Pernah kami meredah, penuh rejection, kami singgah ke rumah ibu faeza untuk solat zuhur. Ibu faeza memang tidak setuju dengan tindakan anaknya berhenti kerja & buat fulltime kerana inilah anak harapannya. Faeza dibesarkan dalam keadaan susah kerana kematian bapa pada usia 10 tahun. Ketika saya berada dirumah itu ketika itu, saya takut untuk bertentang mata dengan ibu Faeza kerana ibunya waktu tu memang tak happy dengan saya. ( sayalah PUNCA anaknya berhenti kerja)

Kini, apa yang menggembirakan saya ialah, setelah 5 tahun dalam industri unit trust FAeza telah berubah menjadi business woman yang berjaya. Dia adalah CHAMPION PERSONAL SALES JPLATINUM selama 5 tahun berturut2. Tiada siapa pernah berjaya mengalahkan CHAMPION SALES ini dalam group saya. Tahun lepas sahaja Personal WANITA HEBAT ini hampir mencecah 4 JUTA. Pernah ibunya menelefon beliau kerana bertanyakan adakah wanita pemurah ini tersalah bank in duit kerana ada beribu dalam akaun ibunya. Jawapan Faeza, itu hadiah untuk ibu kesayangannya kerana dia close besar.

Paling touching dalam training minggu lepas wanita ini bercerita tentang pengalaman UMRAH, & yang membahagiakan hatinya dia membawa sekali ibunya dengan titik peluhnya dalam unit trust. sambil memeluk tangan ibunya sepanjang tawaf, saya dapat rasakan kesayuan dalam kebahagian.

Buat Faeza, saya bangga dengan kejayaan mu ya sahabat. Semoga Allah semakin merahmati & memberkati kehidupanmu & semoga ANDA GAM saya seterusnya, amin.

20120514-201014.jpg
Gambar osem kami di New Zealand. Tak sabar rasanya berjimba di LA & Vegas minggu depan

This entry was posted in Motivasi UTC. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>