MASIH RELEVAN LAGIKAH KERJAYA PERUNDING UNIT AMANAH? 

10 tahun yang lepas, sebuah syarikat daripada Singapura telah melancarkan penjualan dana unit amanah melalui website yang di kenali sebagai Fundsupermart. Melalui fundsupermart, anda boleh membeli dana unit amanah tanpa service charge. 
Pada ketika itu kerjaya perunding unit amanah agak terancam, maksudnya, pelabur tidak lagi memerlukan khidmat perunding unit amanah kerana mereka boleh terus membeli secara online. 

Selepas 10 tahun berlalu, Net Asset Fund Supermart masih di tahap tidak sampai 1 billion, secara tepatnya RM 0.95 Billion. 

10 tahun yang lepas ketika mula berjinak-jinak dalam industri unit amanah saiz dana Public Mutual ketika itu hanya RM 30B. Sekarang saiz dana Public Mutual adalah RM 67 B. Meningkat sekali ganda dalam masa 10 tahun. 
Selepas 10 tahun:

Public Mutual RM 67 B

Fund Supermart RM 1B 

✅ Kita terpaksa akur, bahawa di Malaysia, pelaburan masih sesuatu yang “LUXURY”, mereka perlukan “human touch” untuk memberikan khidmat nasihat. Komputer boleh memberikan anda seribu satu data, tetapi masih tidak sama dengan khidmat rundingan yang di berikan oleh perunding unit amanah.

✅ Rata-rata yang kami jumpa masih tak tahu apakah itu unit trust? Maksudnya ada banyak perlu di lakukan supaya unit amanah, unit trust ini sampai kepada masyarakat. 

Antara yang di bincangkan bersama Top Management Public Mutual tengah hari tadi (Reward kerana saya menang Top Recruiter Southern Region Q2 & my biz partner Marhalis Hasan menang Q1) bagaimana GEN Y GAP program boleh membantu graduan melengkapkan mereka dengan skill komunikasi, grooming, keyakinan, ilmu perancangan kewangan yang mana program ini sangat di puji oleh Vice Chancellor USM sebagai satu program ILMU yang sangat bermanfaat oleh Public Mutual. 
Melalui pemerhatian & pengalaman, kerjaya unit trust masih relevan, TERAMAT di perlukan waktu ini kerana ramai yang terjerat dengan skim cepat kaya & tak tahu bagaimana nak urus kewangan mereka. Kena rajin keluar & membantu menyedarkan masyarakat.

Bolehkah menceburi kerjaya ini secara sambilan? Part time? 

Ya! 

Apakah syarat-syaratnya? 

SPM mesti lulus 3 subjek.

This entry was posted in Motivasi UTC and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>