Membina ukhwah dengan pesaing

20120218-111533.jpg
Barisan GAM hebat JB dalam meeting bulanan 3 hari lepas.

Adat berniaga kita akan bersaing. Dalam berusaha untuk menjadi yang terbaik adakala kita terlepas pandang dan mungkin juga tidak perasan. Ada yang mungkin kita mengguris perasaan teman-teman seperjuangan.

Seupayanya saya ingin mengekalkan hubungan yang baik dengan pesaing-pesaing di dalam industri, adakala saya manusia biasa yang tidak sempurna tetapi saya akan cuba untuk buat sebaiknya dan menjaga ukhwah itu. Alhamdulillah sepanjang 4 tahun ini, hubungan antara GAM & AM di JB sangat akrab. Adakala kami sering bertukar-tukar pandangan dan bertukar tenaga mengajar di dalam training mingguan. Buat GAM Suriani, GAM Ahmad & AM zayana onn, GAM kahar & AM fauziah, GAM hisma, GAM ismawati, GAM Krishnan, GAM Ooi, GAM Eva, AM Roslan, AM fadzilah mamat, AM Noraini, AM sharifah mazlinda, AM Mazni, AM leena Devi dan lain maaf tidak disebut semua disini sebab ramai sangat yang baik dan hebat, terima kasih, mengenali orang yang positif seperti anda semua adalah sesuatu yang indah bagi saya. Semoga ukhwah terus berpanjangan. Saya sayang anda semua!

20120218-111700.jpg
Ini pula adalah AM yang ceria, bakal pelapis GAM hebat di JB. kelihatan manis tersenyum AM saya di hujung sebelah kanan, surirumah yang dah berjaya.

20120218-112028.jpg
Gambar ini pula kawan-kawan seperjuangan dan mentor saya disitu GAM Suriani. Dan yang paling menarik di sini saya berjumpa seorang sahabat yang sangat baik dalam hidup saya. Sememangnya dia pesaing saya tapi dia adalah sahabat baik yang akan saya ingat ke akhir hayat saya, disebelah kiri, AM Zayana Onn.

This entry was posted in Motivasi UTC. Bookmark the permalink.

2 Responses to Membina ukhwah dengan pesaing

  1. Frustnya tak attend Leaders Meeting minggu lepas. Hari tu sibuk sangat dengan appointments dengan klien. :(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>