Motivasi ibarat mandi

Bersyukur masih diberi kesempatan untuk menghadiri 2 kelas motivasi hujung minggu walaupun saya demam selsema. Di gagahkan untuk pergi oleh en suami yang sangat bermotivasi sekarang ini.

TRAINING – Seminar Marketing Power, Dr azizan Osman.

Inilah Kali pertama ke seminar DAO. Terus terang saya tidak minat DAO tetapi akhir-akhir ini saya memgikuti pages FB beliau dan saya sangat suka ayat-ayat power beliau, bagi saya dia bijak dalam marketing, tidak salah saya nak belajar. Di dalam kelas dia buat pertama kalinya saya sangat …..” Speechless” . Ya Allah kenapalah aku tak pernah datang training ini daripada dulu lagi. Hebatnya si PENCIPTA DAO yang mengurniakan idea-idea yang beliau keluarkan! walaupun bagi saya yang sudah biasa dengan konsep ini, rasa seperti mandi semula!

Prinsip KEJAYAAN manusia

1) bersyukur – law of gratitude. Sikit Syukur banyak pun Syukur
“ayat alquran”
2) belajar meminta dengan betul. Kata-kata doa, apa yang saya fikir, saya rasa, saya cakap, saya buat
Tuhan ikut sangkaan hamba
3) mendoakan orang lain, add value to other people life & bantu selesaikan masalah orang lain- terpaksa jadi kaya.

Prinsip KEJAYAAN business

1) M E S T I
MENTOR
ELMU – I kebijaksanaan tidak penting yang penting adalah emosi
SISTEM –
Senyuman activation money magnet.
TINDAKAN – 90% orang fail.
Tuhan tidak berubah satu kaum melainkan kaum itu merubah nasib mereka sendiri

IMPIAN
Penting untuk berada di dalam circle positive.

2) kita perlukan business

Cuba cari:

P – PAKAR
O – OPPORTUNITY
W – WILAYAH – level daerah
E – emosi
R – result ( keuntungan tinggi)

Training : MIRACLE TRANSFORMATION – Pak haiqal hassan

Saya rasa tersentuh dengan apa yang pak haiqal katakan, bersyukur dan bayangkan apabila bangun pagi betapa indahnya kita punya makanan & minuman kerana 2 juta penduduk dunia tidak punya makanan dan minuman.

Pak haiqal sangat terkenal dengan HUKUM PENGULANGAN – apapun hukum tidak akan berhasil tanpa pengulangan. Bila diulang, air yang lembut bisa mengubah bentuk batu yang keras.

5 langkah menuju transformasi

1) awas dengan prasangka kerana prasangka lebih jahat daripada perkataan.
2) Visualisasi
Rasullullah guna menggunakan visualisasi dimana peristiwa Peperangan handak ketika itu ketika membina parit ada batu besar yang susah dipecahkan, kemudian, sebelum rasullullah memecahkan batu itu, beliau berkata,
“aku melihat romawi ditanganku”
3) Tindakan
Cuba ubah habit selama 23 hari, catatkan di dalam buku 23 hari kerna rasullullah telah berdakwah selama 23 tahun
4) repetition
5) belief

Secara keseluruhannya saya rasa segar minggu ini! Sebenarnya apapun yang penting adalah TINDAKAN! kalau tiada TINDAKAN, ilmu itu sia-sia, bak kata DAO tak guna jadi TUKUN TIRUAN! Jom bertindak sekarang!

Segar sangat dan bertindak kerana ketika saya menulis artikel ini, saya sedang dalam perjalanan menuju Melaka, nilai dan Seremban!

This entry was posted in Motivasi UTC and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Motivasi ibarat mandi

  1. Betul sangat Lela. Motivasi memang ibarat mandi. Sama juga macam cas bateri. Kalau baca blog Lela rasa macam cas bateri jugak. hahahaha…..

    Yang nak berjaya macam Lela,
    Rohayati Ismail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>