WOMENPRENEUR GALA NIGHT


Menerima undangan daripada tokey Benang Hijau Fadzilah Mamat sebagai tetamu jemputan. 

Ada 5 syarikat fesyen antaranya Dynas Mokhtar, menjayakan fashion show anjuran Majlis Amanah Rakyat untuk program usahawan. 

Ini tempat bernetworking paling best! Mesti lah happy dapat jemputan kan. 
Dalam bernetworking duduk sebelah Kakak “S” tokey spa yang dah tutup semua cawangan, katanya sejak GST sangat terkesan. Dia rasa sangat down & tak nak keluar dah. Datang ke program ini atas paksaan adik yang nak kakak bangkit semula cari idea. Berbelas tahun daripada bawah bermula sampai mempunyai beberapa rangkaian & sekarang terpaksa menutup semua spa. 
Katanya sahabat spa yang lain ada 23 cawangan sekarang hanya tinggal 6 cawangan. Ini bukan kali pertama saya mendengar keluhan geng business. 

As usual kakak sebelah saya, co-founder JPLATINUM laju je bagi suggestion, “jomlah kak, join kami buat business unit trust.” Tak yah nak pening overhead cost. ???????? ???????? saya senyum.. bijak! Fast action fast result! kakak tadi nampaknya sangat lost. Saya pesan, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Ada hikmah. 
Di hujung majlis barulah dapat jumpa dengan tokey benang hijau yang sibuk di belakang pentas bersama model. 

Ayat yang keluar daripada mulutnya , “lagi senang buat business unit trust, tak yah pening kepala”. Dulu-dulu dia aktif di Public Mutual. Sejak focus beralih ke Benang Hijau, business unit trust dah 4 tahun tinggal terus tetapi masih ada income lagi katanya! Siapa nak bagi tiap-tiap bulan pendapatan pasif RM XXXX. 
Terima kasih jemput kami & dapat hadiah shawl terkini daripada benang hijau. 

Semua business ada cabaran, business kami ada juga cabaran, paling teruk rejection lah. Setakat rejection, tu next je. Ada orang nak, ada orang tak nak. 
Bagi yang sedang di uji, semoga sentiasa sabar dengan ujian. Ada hikmah, Allah nak beri lebih besar nikmat di sebalik ujian itu. BE POSITIVE ????

This entry was posted in Motivasi UTC and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>