KENAPA KPI SOLAT TAK PERNAH TERCAPAI? 

Pernah lupa rakaat? Saya pernah. 
Sentap hari ini. Masuk tahun baru kita buat resolusi, azam tahun baru. Nak pergi Moscow & macam-macam lagi. 

Apa azam SOLAT kita 2017? 

Solat kayu ukur semua ibadat. EXCELLENT ustaz Mohd Hafiz Mansor! Ini peringatan paling WIN awal tahun 2017.

Kisah sahabat Nabi Abu Talhah menginfakkan kebunnya kerana terlupa rakaat ketika solat, terlalu asyik dengan kicauan burung di kebun kurma yang sedang ranum buahnya. 

WALAU APA PUN KESUKAAN KAMU, BERPADA-PADALAH. JANGAN SAMPAI IA MELALAIKAN KAMU DARIPADA MENGINGATI ALLAH.

Posted in KULIAH DUHA JPLATINUM | Tagged | Leave a comment

JANGAN NYESAL GENG KL


Orang Muar kena basuh ari ini. Geng KL jangan nyesal pulak tak datang esok. ????????????

Akak tunggu korang 9.30 pagi kat Puchong esok. 

Tahun depan akak dah penuh kena booking ????

Tak caya? 

4 Jan Butterworth 

5 Jan Alor star

9 Jan JB

???? ini semua open workshop untuk semua consultant Public Mutual. 

Pastu akak bz dengan group JPLATINUM dah. 
Ini kali lah! 

Jumpa esok ❤️

Posted in Motivasi UTC | Leave a comment

SALES KICK OFF 2016 – MOSCOW 

Event tahunan yang dinantikan setiap hujung tahun. Public Mutual akan umumkan destinasi percutian & kempen jualan sepanjang 2017.
Walaupun paras pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (GDP) 2016 & Bursa Malaysia bergerak pada dagangan yang tidak begitu memberangsangkan, Public Mutual membuktikan, kesedaran awam mengenai keperluan unit amanah semakin baik, dengan pencapaian setakat oktober 2016:

✅ Nilai Asset Bersih Public Mutual adalah 70.6B, menguasai 46% industri unit amanah swasta & 41% skim persaraan swasta (PRS). 

✅ Jumlah pemegang akaun 3.3 juta.

✅ 267 Anugerah terkini 2016 -18 Anugerah antaranya, Pengurus Dana Islam terbaik, Anugerah Morning Star, KLIFF Pengurus Dana Islam paling cemerlang, Anugerah Dana Islam Global Thomson Reuters, Anugerah The Asset Tripple A. 

✅ Jualan skim EP* meningkat 9.6%, RM 3.4B manakala jualan pelaburan tunai sebanyak RM 2.2B, dengan jumlah keseluruhan jualan 5.5B

✅ Seramai 5,577 perunding unit amanah baru menyertai Public Mutual dengan peningkatan sebanyak 6.4%.

Gegaran positif di dalam ballroom bila CEO umumkan untuk tahun ini seramai 1940 perunding unit Amanah layak cabaran luar negara 2016 peningkatan sebanyak 2.5%, daripada jumlah keseluruhan 32,000 perunding unit amanah di Public Mutual. 

Terus hangat bila Melbourne & Moscow di umumkan sebagai target percutian seterusnya. Bergetar jantung rasa dengan tambahan insentif 20% tanpa had bagi pelaburan pelabur baru. 

Dan yang paling gembira, antara cadangan yang saya bawa di Crotia di terima untuk perunding unit Amanah yang baru yang mana mereka di berikan tempoh percuma sistem pengurusan pelanggan & agensi (CAMS) selama setahun. Terima kasih pihak pengurusan Public Mutual & saya lihat banyak cadangan sahabat-sahabat saya yang lain turut di pandang serius & diberi penambah baikkan melalui pengumuman CEO dalam event tadi. 

Yang pasti tahun ini 25 Top Leader di Public Mutual di berikan kelebihan membawa lebih ramai consultant ke majlis yang di tunggu-tunggu semua. Peluang yang di manfaatkan sebaiknya. Di sini lah JPLATINUM JB, JPLATINUM Muar, JPLATINUM KL, JPLATINUM Penang & JPLATINUM KB akhirnya bertemu. Mata bersinar persis efek glitter yang di tepek di muka kononnya ala-ala futuristic! 

Semoga 2017 terus menjadi tahun kejayaan buat JPLATINUM seperti tahun ini 2016, peningkatan total group sales sebanyak 30% menjadikan rekod group sales JPLATINUM setakat November 2016 sebanyak RM 58 juta. 

THE STRONGER THE FAITH

THE HARDER THE TESTS

THE GREATER THE REWARDS
#sko2017

#moscow

Posted in AKTIVITI JPLATINUM | Tagged | Leave a comment

WOMENPRENEUR GALA NIGHT


Menerima undangan daripada tokey Benang Hijau Fadzilah Mamat sebagai tetamu jemputan. 

Ada 5 syarikat fesyen antaranya Dynas Mokhtar, menjayakan fashion show anjuran Majlis Amanah Rakyat untuk program usahawan. 

Ini tempat bernetworking paling best! Mesti lah happy dapat jemputan kan. 
Dalam bernetworking duduk sebelah Kakak “S” tokey spa yang dah tutup semua cawangan, katanya sejak GST sangat terkesan. Dia rasa sangat down & tak nak keluar dah. Datang ke program ini atas paksaan adik yang nak kakak bangkit semula cari idea. Berbelas tahun daripada bawah bermula sampai mempunyai beberapa rangkaian & sekarang terpaksa menutup semua spa. 
Katanya sahabat spa yang lain ada 23 cawangan sekarang hanya tinggal 6 cawangan. Ini bukan kali pertama saya mendengar keluhan geng business. 

As usual kakak sebelah saya, co-founder JPLATINUM laju je bagi suggestion, “jomlah kak, join kami buat business unit trust.” Tak yah nak pening overhead cost. ???????? ???????? saya senyum.. bijak! Fast action fast result! kakak tadi nampaknya sangat lost. Saya pesan, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Ada hikmah. 
Di hujung majlis barulah dapat jumpa dengan tokey benang hijau yang sibuk di belakang pentas bersama model. 

Ayat yang keluar daripada mulutnya , “lagi senang buat business unit trust, tak yah pening kepala”. Dulu-dulu dia aktif di Public Mutual. Sejak focus beralih ke Benang Hijau, business unit trust dah 4 tahun tinggal terus tetapi masih ada income lagi katanya! Siapa nak bagi tiap-tiap bulan pendapatan pasif RM XXXX. 
Terima kasih jemput kami & dapat hadiah shawl terkini daripada benang hijau. 

Semua business ada cabaran, business kami ada juga cabaran, paling teruk rejection lah. Setakat rejection, tu next je. Ada orang nak, ada orang tak nak. 
Bagi yang sedang di uji, semoga sentiasa sabar dengan ujian. Ada hikmah, Allah nak beri lebih besar nikmat di sebalik ujian itu. BE POSITIVE ????

Posted in Motivasi UTC | Tagged | Leave a comment

TAK KAN LAH CANTIK SETIAP MASA


Sepanjang di Zagreb, Whatsapp group leader team JP aktif. Ada yang bertanya “Kenapa prestasi dana adakala bawah penanda aras?” 

Ada yang leader jawab buat saya tersenyum, 

“Kita takde crystal ball. Ada masa benchmark higher, kita bukan tuhan. Tanya dia, kalau lelaki, adakah dia suka wife dia masa cantik saja ke?” Ha ha ha win sangat jawapan ni. 

Berbalik kepada jawapan leader ini, saya cuba kaitkan adakala, syarikat yang kita cari makan memang superb, tapi ada juga kekurangan. Takkan cantik setiap masa, betul tak?  

Kenapa saya suka syarikat saya cari rezeki sekarang? Mereka membuka ruang untuk kami top leader menyampaikan sebarang cadangan atau penambaikan kepada CEO & Ya walaupun adakala cadangan yang di tolak, mereka membuka ruang perbincangan itu.

Ruang leaders bersuara di buka setiap tahun bagi top 25 leaders, rotation 2 hingga 3 leaders bagi satu sessi setiap kali waktu makan. Makan mewah & best.

FINE DINING antara kelebihan trip ini memberi suasana berfikir lebih baik dengan cadangan-cadangan penambaikan yang lebih memberikan situasi win-win kepada semua. 

Adakala memang geram dengan polisi yang tidak win di sebelah kita, takkan kita nak buang bila dah tak suka? Takkan semua indah sahaja? 

Rumput yang hijau kita lihat indah & best di tempat di tempat lain adakalanya rumput palsu beracun yang memusnahkan diri sendiri.

Keupayaan menilai sesuatu perkara dengan lebih rasional, menimbang buruk dan baik sangat penting untuk leader. 

Nota: Zagreb esplanade hotel best! HALAL friendly hotel. Terima kasih Public Mutual untuk arrangement hotel & makan yang tersangatlah best ????????????

Posted in DIARY LUAR NEGARA | Tagged | Leave a comment

TEAMWORK SEMAKIN KUAT


Croatia menjadi sebahagian daripada kesatuan Eropah pada 2013 setelah mendapat kemerdekaan pada 1991 daripada Yugoslavia. 

Hari ini adalah hari terakhir di Croatia, kami berjalan & shopping di sekitar Zagreb. Bangunan di Zagreb sangat sederhana, kerana sebelum ini croatia di bawah pemerintahan komunis. Tiada designer brand di sini. 

Kebanyakan duit kesatuan eropah (EU) di salurkan ke negara-negara eropah yang mundur seperti Croatia untuk pembaikan dan peningkatan taraf kehidupan supaya mereka tidak jauh tertinggal dengan negara EU yang lain. Kerjasama ini menjadikan kesatuan eropah semakin kuat.

Teamwork memang menjadikan organisasi bertambah kuat. Kita tak mampu melakukan semua secara bersendirian. Dalam business pun perlukan teamwork sangat penting. 

6 tahun layak ke GAM RETREAT antara sebab utama adalah teamwork yang mantap daripada TEAM JPLATINUM. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian dengan sebaik-baik ganjaran. Allah ya syakur. Esok nak balik dah! Retreat yang sangat best!

Posted in DIARY LUAR NEGARA | Tagged | Leave a comment

SISTEM FEUDAL KE SISTEM EKONOMI KAPITALIS 


Dalam training JPLATINUM selalu saya ulang, kita dalam sistem ekonomi kapitalis, yang malas akan ketinggalan yang kaya akan semakin kaya. Sistem yang menekan tetapi ada yang lebih teruk & menekan iaitu sistem feudal di eropah. 

Hari ini perjalanan 1 jam daripada Zagreb ke Istana Trakoscan dibina sebagai kubu pertahanan kawasan Zagorje pada kurun ke 13. Hari ini istana merupakan muzium warisan sejarah menyimpan lukisan lama & peninggalan beratus tahun dahulu, & pernah di duduki oleh Lord.

Istana seperti ini merupakan lambang sistem feudal yang mana, Raja croatia pada zaman dahulu memiliki tanah & tanah ini kemudiannya di serahkan bawah jagaan Lord. Setiap Lord memiliki tanah & bagi memudahkan pentadbiran mereka serahkan kepada “knight”. “Farmer” di bawah pentadbiran knight akan bercucuk tanam & menggunakan hanya 10% sahaja, lebihan 90% akan di serahkan kepada knight. Knight kemudian mengambil bahagian mereka & menyerahkan kepada Lord seterusnya menyerahkan kepada King.

Dalam erti kata lain, melalui sistem ini, petani sehingga mereka mati akan menjadi golongan bawahan & tidak akan kaya. 

Zaman sekarang, melalui sistem ekonomi kapitalis semua orang mempunyai peluang untuk jadi kaya, individu bebas melakukan pekerjaan sesuai dengan keinginannya. Dengan demikian adanya kebebasan ekonomi dan persaingan ekonomi terjamin secara penuh untuk memperoleh manfaat sebesar-besarnya bagi mereka yang RAJIN. Di ulang bagi mereka yang RAJIN. Moral kena RAJIN. RAJIN RAJIN RAJIN. 

Dalam sistem ekonomi kapitalis bila ada modal, ada peluang memang akan semakin kaya. BENAR ia menekan! NAMUN kita TIADA PILIHAN. Kita tiada pilihan, pilihan yang ada adalah BERJAYA. 

Di doakan semua RAJIN & BERJAYA

Posted in DIARY LUAR NEGARA | Tagged | Leave a comment

BRITISH AIRWAYS & DESTINASI SALJI PUTIH


Perjalanan yang agak panjang ke Zagreb, Croatia, 14 jam transit di London 2 jam sebelum meneruskan perjalanan lagi 2 jam ke Zagreb.

Selama 14 jam, sempat tidur & tengok 3 movie dengan perjalanan yang sangat tenang. Flight mendarat stabil di Zagreb dengan walaupun hujan turun berserta salji halus. 

Rasa YAKIN naik British Airways. 

Apa beza labur di Unit Amanah dengan Pasaran Saham terus? Labur di Unit Amanah macam kita naik Kapal Terbang yang ada Pilot & syarikat kapal terbang yang stabil macam British Airways. 

Objektif kita nak sampai ke Zagreb. Kita biar pilot yang bawa. Pilot ini macam pengurus dana unit amanah, mereka lah yang membawa hala tuju pelaburan. 

Kalau kita labur di Pasaran Saham terus umpama kita bawa jet kita sendiri. Kita lah pilot. Kalau tak pandai bawa memang bunuh diri menjunam terus. Tapi kalau pandai bawa, cepat sampai sebab lebih laju daripada kapal terbang biasa.

Ada orang malas nak fikir, nak selamat sampai dengan tenang, mereka pilih kapal terbang yang ada pilot & syarikat penerbangan yang kukuh. 

Objektif pelaburan macam destinasi yang kita nak tuju. Jadi British Airways hari ini dah bawa Top 25 GAM selamat sampai ke Destinasi Zagreb Croatia.

Bagi kami, perjalanan yang panjang bersama British Airways ini tentulah berbaloi melihat salji putih turun. Jakun dengan pemandangan. Orang jawa nampak salji! Macam tu lah destinasi akhir pelaburan unit amanah. Panjang perjalanan tetapi berbaloi akhirnya insya Allah. 

Allah ya musawwir! Cantiknya!

Posted in DIARY LUAR NEGARA | Tagged | Leave a comment

RUMAH KAMPUNG CROATIA DI ETHNO HOUSE PLITVICE 


Perjalanan daripada zagreb ke Plitvice mengambil masa 3 jam. Plitvice terkenal dengan Taman Negara.

Ethno house adalah rumah persinggahan di dalam ladang dengan suasana kampung di Croatia. Bunyi kambing memecah hening pagi terletak berhampiran dengan Taman Negara Plitvice.  

Bau kayu yang segar di dalam bilik dengan binaan kayu yang unik, udara yang nyaman, pemandangan putih dengan langit kebiruan menjadikan trip ini antara yang yang unik sepanjang 6 tahun layak ke GAM retreat. 

E + R = O

Event + response = outcome

Nak qualify setiap tahun pasti lalu berbagai dugaan & cabaran. Tapi bagaimana response kita pada setiap cabaran akan menghasilkan result yang kita inginkan. 

Nak HASIL POSITIF, bertindak positif pada setiap dugaan atau cabaran. Begitu juga sebaliknya.

Posted in DIARY LUAR NEGARA | Tagged | Leave a comment

PERBEZAAN SALING MELENGKAPI


Perjalanan ke Rijeka melalui kawasan pergunungan skrad. Suhu -2C di litupi salji tebal & kami berhenti di Marche, untuk toilet break & coffee. 

Rijeka adalah bandar ketiga terbesar di Croatia,& di lindungi oleh pergunungan skrad menjadikan kawasan ini lebih panas sedikit berbanding zagreb. Melihat bandar rejika daripada bird view melalui trsat castle dengan suhu 8C sejuk berangin & hari yang cerah.  
Makan tengah hari di Opatija, 20 minit daripada bandar rejika, menghadap lautan adriatic kemudian menaiki bot yang di sewa Public Mutual. 
Dalam satu negara croatia ada banyak tempat dengan perbezaan suhu, membuatkan trip ini sangat menarik. 

Dalam agency atau struktur organisasi kita akan jumpa dengan banyak perbezaan di antara team member, ada yang berdikari, manja, ada yang suka mengkaji, ada yang suka menerima ilmu, teachable tanpa banyak soalan, Ada lembut, ada yang tegas & macam-macam lagi. 

Dalam adik beradik juga begitu. 

Perbezaan ini saling melengkapi, yang lebih menambah yang kurang, menjadikan sesuatu agency atau organisasi bertambah kuat. Menambah warna kehidupan. 

Top 25 leaders di Public Mutual juga jelas kelihatan perbezaan kekuatan masing-masing, menjadikan organisasi Public Mutual semakin bertambah kuat saling melengkapi.

Posted in DIARY LUAR NEGARA | Tagged | Leave a comment