PANCIT DI TAMAN NEGARA PLITVICE 


Ada 8 taman negara di Croatia, salah satu yang tercantik adalah Taman Negara Plitvice. 

Salji yang baru turun seminggu menjadikan pemandangan sangat cantik sedang elok tidak terlalu tebal. Air terjun berkalsium tinggi membentuk batuan seperti bertangga. Tidak boleh memancing & berenang antara larangan taman negara yang di telah gazetkan ini. 

Beberapa laluan di tutup kerana air naik & kami terpaksa menaiki jalan pintas lain 200 anak tangga melalui gua. 

Semput tiada stamina, peha rasa sakit ya amat! Asid laktik berkumpul. Kena maintain comel sebab geng2 yang dah berusia lebih laju nampaknya. Dalam tak larat kepala hanya FOCUS nak sampai ke puncak. 

Panjat & turun bukit dengan laluan yang licin agak mencabar sebelum menyusuri tasik dengan bot melihat keindahan ciptaan ya halik ya malikul mulk. 

& kepuasan yang tak terungkap melihat betapa cantiknya gambar yang di rakam setelah melalui laluan yang sukar. 

Sesuatu yang boleh di kaitkan dengan laluan kejayaan, semuanya bermula daripada bawah sebelum mereka sampai ke puncak. 

Segala cabaran seperti semput, sakit kaki, penat, haus kerana perjalanan yang agak jauh di lalui dengan tabah akhirnya membuahkan kejayaan.

& Apabila sampai di puncak, pemandangannya sangat indah. Kalau give up di kaki gua ataupun berhenti & berpatah balik, mana mungkin dapat menatap keindahan itu.

Posted in DIARY LUAR NEGARA | Tagged | Leave a comment

GDP – Keluaran dalam negara kasar (KDNK)


✅ cara ukur ekonomi nasional. 

KDNK – jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). 

Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.

✅ formula kiraan KDNK

KDNK = penggunaan (consumption atau “C”) + pelaburan kasar (gross investment atau “I”) + perbelanjaan awam (government spending atau “G”) + (eksport atau “X” − import atau “M”), atau,

KDNK = C + I + G + (X-M)

✅ pendekatan KDNK 

KDNK boleh dinilai melalui 2 pendekatan 
pendekatan pendapatan (income approach)

pendekatan perbelanjaan (expenditure approach)

✅ Kenapa kena belajar GDP atau KDNK seperti di atas? Apa kaitan dengan Pasaran saham? 

1) KDNK adalah penanda aras untuk menentukan level ekonomi

2) Penanda aras untuk ukur prestasi ekonomi antara negara – (tapi bila kita nak ukur kena ukur ikut taraf negara, sebagai contoh singapore adalah negara maju, GDP 3.0 perbandingan bukan Malaysia, negara membangun 5.0, comparison singapore adalah australia. 3.0. kalau GDP Australia turun 2.5 maksudnya ekonomi slow down. 

✅ kalau GDP naik adakah stock market akan naik? 

GDP bertujuan memberikan data ekonomi bagi pemain saham/decision maker tetapi GDP tidak memberi kesan secara langsung kepada pasaran saham. 

terdapat banyak faktor2 lain yang mempengaruhi pasaran saham.

Posted in TECHICAL & MARKET | Tagged | Leave a comment

KULIAH HADITH JPLATINUM 2 NOVSHEIKH ABDUL RAHMAN


Perbincangan hadith:
✅ PENTINGNYA AQIDAH

Maksudnya: “Sesungguhnya Bani Israel telah berpecah kepada 72 golongan, manakala umatku pula akan berpecah kepada 73 golongan. Kesemua mereka di neraka kecuali satu golongan sahaja. (Para sahabat) bertanya, “Siapakah (golongan yang tersebut) ya Rasulallah? Rasulullah menjawab, “golongan yang aku dan para sahabatku berada di atasnya” 

[Hadith riwayat al-Imam al-Tirmizi]

- Andai ada sedikit pun IMAN, iaitu PERCAYA kepada ALLAH & RASUL, di akhirat ini akan membantu ketika timbangan mizan. 

✅ Saranan mendidik anak-anak terutama usia 8-13 tahun dengan didikan aqidah yang kuat.

Seperti di dalam kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Al Ghazali.

✅ Usahakan anak-anak hafaz Al-Quran. (Insya Allah sheikh. Setiap kali kuliah, berulang-ulang kali di tekankan. Persistent!)

Posted in KULIAH DUHA JPLATINUM | Tagged | Leave a comment

JPLATINUM SALES MASTERY WORKSHOP DI UTARA 

22 Oct ini insya Allah saya berada di UTARA, Bukit Mertajam Penang, membantu team JPLATINUM di UTARA. 
Leader JPLATINUM di UTARA akan mengajar consultant baru dengan segala teknik, ilmu kuasai pelaburan Unit Amanah.
SEGAK sungguh orang utara pakai baju warna JDT ❤️????

Jumpa 22 OCTOBER ini 

Leadership by ROBIN SHARMA:

“The smartest thing you can do to grow a great company is to first sweat getting A-players only onto your team and then sweat training and developing them so they play their A-game.”

Posted in AKTIVITI JPLATINUM | Tagged | Leave a comment

BERBULU RASA DENGAN GENG INSURANCE & UNIT TRUST

Dulu-dulu masa makan gaji memang rasa geram kalau HR paksa panggil dengar talk especially bila kerja tengah banyak. Berbulu je rasa dengan orang yang nak bagi talk tu, lebih-lebih lagi kalau geng insurance & unit trust yang bagi talk. Nak jual product lah tu ????. Semalam di beri peluang 1 jam untuk berkongsi seminar perancangan kewangan pada kakitangan di sebuah syarikat. Waktu kami sampai rasa teruja dengan persediaan bahagian sumber manusia syarikat tersebut. Teratur siap dengan minum petang ????. Teh tarik dia mantop! 
Assistant manager HR call setiap department minta mereka hadir. Macam kena paksa. (Tetiba senyum sendiri aku pun macam tu agaknya) 

Peluang yang di beri tidak di sia-siakan, saya gunakan sebaiknya untuk memastikan rasa berbulu tu hilang insya Allah. 1 jam saya tidak hanya berkongsi tentang Public Mutual.

Saya kongsikan 

1) membina HABIT merekodkan perbelanjaan, selama 6 bulan supaya dapat kesan & kenalpasti perbelanjaan yang tak sepatutnya, mana satu yang tak perlu beli. Sebab perempuan keinginan bershopping memang dasyat acah terapi minda, dah ada tudung warna hijau, nak cari lagi warna hijau bercorak, warna hijau emerald, warna hijau pucuk pisang. 
2) Kongsi asas insurance/takaful sebagai perlindungan bukan simpanan. WAJIB ada perlindungan. (Pengalaman dulu-dulu agent ex – PRU**) – saya berhenti bukan sebab agent takaful tak bagus, saya tak pandai bagikan masa buat banyak benda & focus saya lebih ke bidang unit amanah. Jangan kecam ????. Ramai orang berjaya di insurance & ramai berjaya di unit amanah. Pokok pangkal FOKUS, USAHA, semoga Allah ya barii aturkan yang terbaik untuk kehidupan kita. 

3) saya kongsikan wealth accumulation menggunakan Public Mutual bagaimana mencipta persaraan lebih RM 1,000,000 dengan simpan & labur. 

4) saya share TIPS membeli rumah pertama & bagaimana membina portfolio hartanah. Pengalaman berguru dengan beberapa sifu hartanah seperti Faizul Ridzuan & abg Ron yang terkenal kaya hartanah di JB. Saya bukan sifu hartanah, saya juga ada membuat kesilapan dalam membeli hartanah. Ilmu yang sedikit saya kongsikan agar tidak membuat kesilapan. 

5) saya kongsikan tips membeli saham secara terus di bursa. Apa itu bursa saham. Bagaimana nak buka akaun pelaburan. Pengalaman berguru bersama ZAM SAHAM banyak membantu. 

6) saya kongsikan bagaimana harta diindungi dengan WASIAT. 
& bukan naik lift tekan sendiri ???? poyo perasan best, saya ingin berkongsi, panggillah saya ke syarikat anda, dengan izin Allah, ya alim ya hakim ya rashid saya beri ilmu ringkas mudah faham, tidak menjual tetapi sampai ke HATI ❤️. 

Begitulah testimoni yang saya dapat rata-rata daripada para peserta. 

“VERY CLEAR & EASY TO UNDERSTAND, sangat BERMOTIVASI nak URUS duit dengan BAIK”

Posted in PERANCANGAN KEWANGAN | Tagged | Leave a comment

GILA NAK ORANG PUJI & DIHARGAI

“Bos tolonglah hargai saya, saya dah tolong syarikat buat cost saving beratus ribu dah ni!” Tapi bos tak buat apa-apa pun! 
KECEWA! Fikrahnya manusia itu SUKA DI HARGAI. 

Kata-kata manis daripada suami contohnya “sedap ayang masak” pun dah membuatkan rasa berbunga-bunga hati. 
Cuba bayangkan ayat yang keluar daripada suami, “apasal nasi ayam ni kurang sedap daripada XXX” ko tengok lah lepas ini sila masak sendiri ????. 
Bidang Unit trust, MLM, insurance menawarkan recognition yang sangat menarik tanpa perlu membodek bos. Semuanya berasaskan RESULT. Hasil yang diperolehi daripada usaha gigih tanpa jemu terus buat & buat. 
Di JPLATINUM kami juga mengamalkan culture meng HARGAI segala usaha consultant kami. 
Antaranya: 

Reward RM 3000 (anda boleh pilih apa sahaja hadiah) sekiranya naik ke GROUP AGENCY MANAGER. Ini adalah hadiah daripada Founder JPLATINUM.

RABU ini, Founder JPlatinum akan meraikan Kejayaan Hjh Marhalis di atas kenaikan pangkat ke Group Agency Manager. 
Team JPLATINUM jom kita raikan, bawa rakan-rakan business yang nak sama-sama berjaya dalam bidang unit amanah. 

Kita ada perkongsian yang sangat best pada malam tersebut. 
“Sesungguhnya dengan kesukaran itu adalah kesenangan” – Surah Al-Syarh 94:5

Posted in AWARDS | Tagged | Leave a comment

KULIAH HADITH JPLATINUM 28/9 - CINTA AL-QURAN

✅ Sabda Rasulullah s.a.w: 
‘ Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf ‘

(Riwayat al-Tirmidzi)

✅ Sabda Rasulullah s.a.w: 

“ Bacalah olehmu akan al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat memberi syafa’at kepada pembacanya”

(Riwayat Muslim)

Cintanya Usaid terhadap Al-Quran

Bacaan usaid tersangatlah baik sehinggakan penghuni langit dahagakan mendengar bacaan usaid. 

Pada suatu tengah malam, Usaid bin Hudhair duduk di beranda belakang rumahnya. Kuda yang selalu siap sedia untuk berperang fi sabilillah, ditambat tidak jauh dari tempatnya duduk. Suasana malam tenang, lembut, dan hening. Permukaan langit jernih dan bersih. Bintang-bintang melayangkan pandangannya ke permukan bumi yang sedang tidur dengan perasaan kasihan dan penuh simpati. Terpengaruh oleh suasana malam hening dan kudus itu, hati Usaid tergerak hendak menyebarkan harum-haruman ke udara lembab dan bersih berupa harum-haruman Al-Qur’an yang suci. 
Maka dibacanyalah Al-Qur’an dengan suaranya yang empuk dan merdu membangkit kasih:

الم (١)ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (٢)الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (٣)وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (٤)

“Alif, Lam, Mim, Inilah kitab (Al-Qur’an) yang tidak ada keraguan padanya: menjadi petunjuk bagi orang-orang yang iman kepada yang ghaib, yang menegakkan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al-Qur’an) yang diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum kamu, serta mereka yang yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.” (Al-Baqarah : 1-4)

Mendengar bacaan tersebut, kudanya lari berputar-putar hampir memutuskan tali pengikatnya. Ketika Usaid diam, kuda itu diam dan tenang pula. Usaid melanjutkan membaca :

أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (٥)

“Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang menang.” (Al Baqarah : 5).

Kudanya lari dan berputar-putar pula lebih hebat dari semula. Usaid diam, maka diam pula kuda tersebut. Hal seperti itu terjadi berulang-ulang. Bila dia membaca, kudanya lari dan berontak. Bila dia diam, maka tenang pula kuda itu kembali.
Ketika dia melihat ke langit, terlihat olehnya awan seperti payung yang mengagumkan, dan belum pernah terlihat olehnya sebelumnya. 

Payung itu sangat indah berkilat-kilat, tergantung seperti lampu-lampu memenuhi ufuk dengan sinarnya yang terang. Awan itu bergerak naik hingga hilang dari pemandangan. 
Setelah hari pagi, Usaid pergi menemui Rasulullah . Diceritakannya kepada beliau peristiwa yang dialami dan dilihatnya semalam.

Kata Rasulullah saw.,

Itu malaikat yang ingin mendengarkan engkau membaca Al-Qur’an, hai Usaid. Seandainya engkau teruskan bacaanmu, pastilah orang banyak akan melihatnya pula. Pemandangan itu tidak akan tertutup dari mereka.
PESANAN Sheikh Abdul Rahman – MESTI dalam keluarga ada yang hafaz Al-Quran. Ibu bapa kena doa & usahakan ada anak yang menghafaz Al-Quran.

Posted in KULIAH DUHA JPLATINUM | Tagged | Leave a comment

KULIAH DHUHA JPLATINUM 17/9

USTAZ HAFIZ MANSOR
Kisah pengalaman ustaz accident, bagaimana pergantungan kepada Allah & kepentingan kepada solat.
Sambungan :

BAB SOLAT:

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:

1. Qalbi (diingat dalam hati)

2. Qauli (diucap dengan lidah)

3. Fi’li (perbuatan)

Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, tak sah. suara angin, tak sah. baca dalam hati, lagi tak sah. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
Rukun qauli tu apa? Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi’li. niat rukun qalbi.

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]

2. Niat.[Qalbi]

3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]

4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]

5. Rukuk dengan tama’ninah .[Fi'li]

6. Iktidal dengan tama’ninah. [Fi'li]

7. Sujud dengan tama’ninah. [Fi'li]

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah. [Fi'li]

9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]

10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]

11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]

12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]

13. Tertib [Qalbi]

Ustaz sentuh 1 RUKUN yang sangat penting untuk kelas pagi ini:

Rukun qalbi atau hati pula ialah niat.

Namun demikian, ‘kerja’ hati di dalam solat tidaklah terhenti setakat niat sahaja. 

Kerja hati dalam solat adalah banyak dan umunya lebih rumit dan lebih berat dari anggota kerja jawarih dan lidah. 

Termasuk kerja hati ialah tawadhuk, khusyuk dan khuduk walaupun ia tidak termasuk dalam rukun solat.

Tawadhuk ialah merendahkan diri, merendahkan hati atau merendahkan ‘sayap’ ke hadrat Allah Taala yang disembah. Merasakan diri kecil dan kerdil di hadapan Allah. Merasakan diri hamba yang sebenar-benarnya tanpa ada rasa ‘tuan’ di dalam hati. 

Ustaz tekankan JANGAN WAS- WAS

Perasaan was-was yang mengganggu ibadah adalah gangguan fikiran dan syaitan. Hindarkan jiwa dari melayannya.

Pergi berubat kalau keterlaluan dan banyakkan baca QURAN.

Bahagian niat mempunyai tiga bahagian iaitu:

Qasad (ﻗﺼﺪ) – Sengaja mengerjakan solat

Ta’arudh (ﺗﻌﺮﺽ) – Meniatkan solat fardhu atau sunat

Ta’yiin (ﺗﻌﻴﻴﻦ) – Meniatkan jenis waktu solat

- bersambung ke kuliah seterusnya-

Posted in KULIAH DUHA JPLATINUM | Tagged | Leave a comment

TAHNIAH JPLATINUM CO-FOUNDER

TAHNIAH Marhalis Hasan naik pangkat ke Group Agency Manager, pangkat paling tinggi di dalam sistem agensi industri unit amanah pada 1 September 2016. 

Banyak syarikat unit amanah di Malaysia menggunakan sistem agensi untuk pemasaran mereka, bermula dengan unit trust consultant, agency supervisor, agency manager & group agency manager (GAM). 

Sistem agensi ber MENTOR sangat mudah bagi business. Ikut sistem, ikut apa mentor buat insya Allah kejayaan pantas menanti anda. 

Berjumpa di roadshow Johor Specialist akhir tahun 2007, mantan Chief Group Pharmacist seluruh hospital KPJ di Malaysia ini sangat berbudi bahasa, humble, bijak & people person. Bermula sebagai investor kemudian beliau jadi part time consultant, uruskan pelaburan untuk diri sendiri dan keluarga.

Waktu perjalanan haji 2010, Allah takdirkan kami jadi teman sebilik, 43 hari bersama, banyak yang kami kongsikan sehingga membuka hati wanita hebat ini untuk berhenti kerja & buat business unit trust fulltime pada 2012. Pengorbanan kerjaya yang sudah stabil bergaji 5 angka demi anak-anak tentunya cukup berbaloi dengan kenaikan pangkat ini.  
Menjadi leader kepada wanita teachable & big heart ini sangat mudah. Dia akan menurut tetapi memberi nasihat atau cadangan dengan penuh hikmah. 
Nampak simbolik pada gambar tarik tangan itu? 
Walaupun anda sudah ke pangkat tertinggi, di JPLATINUM, anda akan terus bersama kami dengan misi & visi yang jelas, memberi MANFAAT KEPADA UMMAH. JPlatinum memerlukan lebih ramai CO-FOUNDER GAM untuk misi inj.
Kami sangat berbangga dengan pencapaian CO-FOUNDER GAM MARHALIS. Kami doakan agar terus cemerlang menjadi salah seorang TOP GAM nationwide, diberikan kekuatan Allah ya Aziz, ya Qawiy ya matin, di lapangkan rezeki Allah ya basiith, ya razak, di perkenankan segala doa Allah ya mujib.
Alhamdulillah, lebih kurang 9 tahun fulltime bersama Public Mutual, ini adalah Group Agency Manager yang KETIGA berjaya di lahirkan & ini membuktikan kejayaan itu senang di capai bagi mereka yang betul-betul yakin, rajin & berusaha. 

Salam kejayaan buat semua ❤️ 

-Founder JPLATINUM -

Posted in TESTIMONI KEJAYAAN | Tagged | Leave a comment

INDUSTRI UNIT AMANAH

Pernah dengar ASB? Ya Amanah Saham Bumiputera? ASB adalah UNIT AMANAH di bawah PNB (Permodalan Nasional Berhad). PNB adalah syarikat pengurusan unit amanah kerajaan.
Di Malaysia terdapat beberapa syarikat pengurusan unit amanah SWASTA. Saya kongsikan 10 yang terbesar di Malaysia. 

Sumber: Lipper

PUBLIC MUTUAL RM 62.1 B (49%)

CIMB GROUP RM 11.9 B (11.9%)

AMFUNDS AM RM 10.8 B (8.6%)

RHB AM RM 10.4 B (8.3%)

AFFIN HWANG RM 10.2 (8.1%)

EAST SPRING RM 4 B (3.2%)

MANULIFE RM 3.6 B (2.9%)

KENANGA RM 1.5 B (1.2%)

PACIFIC MUTUAL 1 B (0.8%)

UOB RM 951 Juta (0.76%)
(Nilai Asset Bersih – 30 Jun 2016)

Secara keseluruhannya, daripada laporan BANK NEGARA (2002 – 2012) PURATA PULANGAN

Akaun simpanan bank biasa : 1.3%

Simpanan Tetap (FD) : 3.47%

Unit Amanah : 9.78% ( Purata pulangan semua dana ekuiti di Malaysia) 

Jangan gaduh-gaduh syarikat mana yang terbaik, fokus kepada kepelbagaian portfolio pelaburan yang boleh kita sampaikan kepada pelabur di luar sana. 

Ada instrumen yang lebih baik yang boleh beri purata 10% ke atas iaitu UNIT AMANAH. 

Ramai di luar yang tak tahu kewujudan unit amanah ini. Market abundance! Pasaran sangat luas! 30 JUTA penduduk di Malaysia.

Posted in Motivasi UTC | Tagged | Leave a comment