BERBULU RASA DENGAN GENG INSURANCE & UNIT TRUST

Dulu-dulu masa makan gaji memang rasa geram kalau HR paksa panggil dengar talk especially bila kerja tengah banyak. Berbulu je rasa dengan orang yang nak bagi talk tu, lebih-lebih lagi kalau geng insurance & unit trust yang bagi talk. Nak jual product lah tu ????. Semalam di beri peluang 1 jam untuk berkongsi seminar perancangan kewangan pada kakitangan di sebuah syarikat. Waktu kami sampai rasa teruja dengan persediaan bahagian sumber manusia syarikat tersebut. Teratur siap dengan minum petang ????. Teh tarik dia mantop! 
Assistant manager HR call setiap department minta mereka hadir. Macam kena paksa. (Tetiba senyum sendiri aku pun macam tu agaknya) 

Peluang yang di beri tidak di sia-siakan, saya gunakan sebaiknya untuk memastikan rasa berbulu tu hilang insya Allah. 1 jam saya tidak hanya berkongsi tentang Public Mutual.

Saya kongsikan 

1) membina HABIT merekodkan perbelanjaan, selama 6 bulan supaya dapat kesan & kenalpasti perbelanjaan yang tak sepatutnya, mana satu yang tak perlu beli. Sebab perempuan keinginan bershopping memang dasyat acah terapi minda, dah ada tudung warna hijau, nak cari lagi warna hijau bercorak, warna hijau emerald, warna hijau pucuk pisang. 
2) Kongsi asas insurance/takaful sebagai perlindungan bukan simpanan. WAJIB ada perlindungan. (Pengalaman dulu-dulu agent ex – PRU**) – saya berhenti bukan sebab agent takaful tak bagus, saya tak pandai bagikan masa buat banyak benda & focus saya lebih ke bidang unit amanah. Jangan kecam ????. Ramai orang berjaya di insurance & ramai berjaya di unit amanah. Pokok pangkal FOKUS, USAHA, semoga Allah ya barii aturkan yang terbaik untuk kehidupan kita. 

3) saya kongsikan wealth accumulation menggunakan Public Mutual bagaimana mencipta persaraan lebih RM 1,000,000 dengan simpan & labur. 

4) saya share TIPS membeli rumah pertama & bagaimana membina portfolio hartanah. Pengalaman berguru dengan beberapa sifu hartanah seperti Faizul Ridzuan & abg Ron yang terkenal kaya hartanah di JB. Saya bukan sifu hartanah, saya juga ada membuat kesilapan dalam membeli hartanah. Ilmu yang sedikit saya kongsikan agar tidak membuat kesilapan. 

5) saya kongsikan tips membeli saham secara terus di bursa. Apa itu bursa saham. Bagaimana nak buka akaun pelaburan. Pengalaman berguru bersama ZAM SAHAM banyak membantu. 

6) saya kongsikan bagaimana harta diindungi dengan WASIAT. 
& bukan naik lift tekan sendiri ???? poyo perasan best, saya ingin berkongsi, panggillah saya ke syarikat anda, dengan izin Allah, ya alim ya hakim ya rashid saya beri ilmu ringkas mudah faham, tidak menjual tetapi sampai ke HATI ❤️. 

Begitulah testimoni yang saya dapat rata-rata daripada para peserta. 

“VERY CLEAR & EASY TO UNDERSTAND, sangat BERMOTIVASI nak URUS duit dengan BAIK”

This entry was posted in PERANCANGAN KEWANGAN and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>