MISI jannah khidmat masyarakat

Peluang-peluang kerjaya usahawan
Newbie Entrepreneur workshop, Program Tintec Desa Lestari

Ini adalah sebahagian daripada projek kemasyarakatan yang saya lakukan. Hari ini memberi ilmu kepada penduduk kampung parit marjunid dan pelajar UTM.

Apabila Dr Norahim ( kawan sekerja di syarikat lama) menghubungi saya untuk menjemput saya sebagai salah seorang penceramah, mulanya seperti nak menolak tetapi melihat kepada MISI JANNAH yang perlu saya lakukan maka saya menerimanya.

Dalam slot saya selama satu jam, saya memberikan peserta peluang- peluang keusahawanan yang terbentang luas untuk kita capai.

Bak kata dr Azizan, kalau kita tiada produk mulakan dengan menjual produk orang lain.

Kemudian kenal pasti apakah KEPAKARAN anda?

Tawarkan produk yang menyelesaikan masalah orang lain.

Nak jadi usahawan:

Rebranding yourself – position diri kita sehingga kita sangat expert dalam bidang Kita.

Mesti ada PASSION – keghairahan buat business

Mesti ada mentor.

Kemudian saya share beberapa KES study dan pengalaman saya sendiri bergelumang dalam business perkhidmatan, memang penuh liku ranjau tapi hasilnya sungguh memberikan saya kepuasan nikmat KEJAYAAN yang sukar di ungkapkan.

Akhirnya sekali saya tinggalkan dengan soalan kenapa perlu kita KAYA?

& saya kongsikan sebab-sebab seperti di bawah:

1) Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima. Islam menggalakkan umatnya memberi. Lebih banyak memberi lebih baik. Lebih ikhlas memberi lebih berganda ganjarannya.

2) Islam agama yang mendidik umatnya menjadi kaya. Nabi SAW bukan miskin tetapi baginda banyak memberi hingga ke titisan hartanya yang terakhir.

3) Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat. Bukan dirikanlah solat, terimalah zakat. Banyak dalil yang memuliakan pemberi zakat, eksklusif hanya kepada mereka yang berharta.

4) Jadilah orang yang kaya. Mukmin yang kaya dan dermawan lebih mulia dari mukmin yang miskin dan tidak mampu memberi.

20131012-163154.jpg

20131012-163203.jpg

20131012-163210.jpg

20131012-163219.jpg

This entry was posted in PROJEK KEMASYARAKATAN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>