PRS (Private Retirement Scheme) SATU MALAYSIA


Di sebelah kiri adalah ex banker kak Vin, fulltime perunding unit amanah di bawah agensi JPLATINUM, si manis tengah adalah Serena, wakil syarikat (staff) Public Mutual di bawah skim PRS & si hijabista saya. India, Cina & Melayu bersatu hati membawa Skim Persaraan Swasta yang membantu syarikat mengurangkan TAX & teknik “retain” kakitangan syarikat. 

Musafir ke KL untuk PRS project hari ini ke satu syarikat “Public Listed” yang terkenal sangat-sangat berbaloi. Pasaran PRS ini terlalu LUAS sebab ramai tak tahu.

Saya sharekan tulisan co- Founder Marhalis Hasan saya yang sangat osem tentang PRS :

Kawan saya wassap…”Marhalis, orang gomen boleh ambil PRS ke?”

Saya pun jawab “Boleh sangattt, untuk awak tu boleh kurangkan tax”

Aiseyman…Rupa2nya ramai kawan2 saya masih tak tahu, kurang pasti dan confused. Apa PRS nih? Kenapa perlu consider PRS nih? Maafkan saya, mungkin sebelum2 ini sharing saya tak sampai kepada anda, Meh den nak citer…A to Z pasal PRS ni. Panjang siket tapi kompom korang dah tak blurr2 lagi lepas ni.
Private Retirement Scheme? PRS? Apakah?

PRS ialah satu skim pelaburan SUKARELA jangka panjang yang direka untuk membantu individu (atau majikan) membuat simpanan untuk persaraan mereka. PRS ini adalah tambahan kepada caruman mandatori KWSP. Kerajaan perkenalkan tahun 2012. Tabung PRS ini lebih kurang sama macam KWSP, duit yang disimpan disini mostly hanya boleh diambil bila umur kita 55 tahun nanti

Nak buat boleh, tak nak buat pun boleh.

Agak2nya kenapa ramai yg memilih untuk menyimpan di PRS? 

(nota: Statistik terkini menunjukkan jumlah pelaburan di PRS telah melebihi RM1.6 bilion)

Jom fahamkan kenapa perlu menyimpan di PRS yang syariah compliant nih?

Saya pecahkan kepada 2 perkara, mengikut kategori umur okay. 

KUMPULAN PERTAMA:

Umur anda antara 20 hingga 30 tahun tahun ini. (Mak2… Tolong take note kalau ada anak2 dalam lingkungan umur ini ye) 

Dalam bajet 2017, kerajaan telah buat keputusan akan beri insentif percuma RM1k kepada golongan remaja yang menabung minimum RM1K dalam skim PRS ini. 

Invest 1k, Gomen beri free 1k. Rugi kalau tak ambik. Kenapa?

Katakan umur Farhan 20 tahun, Farhan belum kerja jadi saya hadiahkan 1k kepada Farhan, simpan dalam PRS. Automatik, Gomen akan beri 1k dimasukkan terus ke dalam akaun PRS Farhan. Umur 55 tahun baru Farhan ambil duit ini.

2k ini akan jadi berapa dalam masa 35 tahun nanti?
Jika pulangan 6% setahun ia akan jadi RM15,300

Jika pulangan 8% setahun ia akan jadi RM29,500

Jika pulangan 10% setahun ia akan jadi RM56,200

Caranya sangat mudah: 

 1. Buka akaun unit amanah PRS minimum RM1000, hanya perlukan IC

2. Eligibiliti umur 20 hingga 30 tahun. 

3. Automatik kerajaan akan beri insentif RM1000 secara percuma, dimasukkan terus ke dalam akaun PRS ini

3. Biarkan pelaburan RM2000 ini sehingga umur persaraan 55 tahun 

Senang sahaja dan sangat menarik ????????????????????????

Konsep yang mudah, anda simpan dan labur hari ini… lupakan – tebus pada umur persaraan.

KUMPULAN KEDUA:

Tak kisah berapa pun umur anda, dimana pun anda bekerja (swasta atau gomen atau bisnes sendiri) … DAN anda bayar tax setiap tahun

Anda bayar tax dan tidak claim PRS? Rugi! 
Kenapa rugi? 

Kerajaan membenarkan tax exemption sehingga RM3,000 setahun bagi Tax Payer yang mencarum dalam skim PRS.

Berapa jumlah “Tax Saving”?

Bergantung kepada chargeable income setahun dan tax rate:

Jika income setahun RM20,000, dapat tax saving RM180

Jika income setahun RM35,000, dapat tax saving RM330

Jika income setahun RM50,000, dapat tax saving RM570

Jika income setahun RM70,000, dapat tax saving RM720

Jika income setahun lebih RM100,000, dapat tax saving RM780

Wow! banyak juga saving tu! 

Caranya sangat mudah: 

1. Buka akaun unit amanah PRS minimum RM1000, hanya perlukan IC

3. Buat standing instruction RM250 setiap bulan ie potong terus dari akaun bank

4. Boleh juga terus simpan selepuk RM3k

5. Setiap tahun masa isi borang tax boleh masukkan tax exemption 3k PRS 

LAIN-LAIN PERKARA

Sama macam simpan dalam Unit Amanah lain, ada takaful free sehingga 100k max. Menarik! apa2 berlaku kepada kat pelabur, waris dapat duit takaful free.

Boleh share posting ini, semoga semua beroleh manfaat. 

Ingin maklumat lanjut? 

Rujuk http://www.ppa.my/prs/about-prs/overview/

This entry was posted in PRS and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>