Cost of Procastination

“Cost of procastination”

Dua hari lalu saya memilih tidak bekerja kerana urusan memperbaharui passport anak-anak.

Sedang saya membuat perbandingan harga dan tempat percutian bagi cuti sekolah bulan tiga nanti, saya telah dihubungi oleh adik client saya yang berminat untuk merancang dana persaraan. Alhamdulillah bila anda istiqamah dan sudah lama di dalam perniagaan, pasti client yang akan cari anda.

Menariknya tentang anak-anak muda ini mereka sangat berkesedaran tentang inflasi dan betapa pentingnya simpanan.

Bagai di sorong bantal, saya yang dalam mood santai terus teruja bila diminta menerangkan sesuatu yang sangat saya suka, konsep perancangan kewangan.

20120211-084602.jpg

Saya menekankan “cost of procastination”. Kos yang terpaksa kita tanggung andai kita melengahkan simpanan. Hari ini Adik A sangat bertuah, umur baru 25.

20120211-084707.jpg

Bayangkan 2 keadaan ini, saya namakan en A memulakan simpanan pada umur 26, sebulan rm200, setahun rm2400, A menyimpan selama 10 tahun secara konsisten dan membiarkan duit bekerja, hasilnya pada usia 55, A mempunyai rm171 ribu. (pengiraan berdasarkan pulangan 8%)

20120211-084750.jpg

Keadaan kedua pula adalah B adalah contoh orang yang melengahkan keputusan untuk merancang kewangan, memulakan simpanan pada usia 35, RM200 sebulan, rm2400 setahun konsisten selama 10 tahun, Hasilnya pada usia 55 tahun, En B hanya mendapat rm79 ribu.
Perbezaan hampir rm92 ribu dibandingkan en A yang mula awal.

20120211-084919.jpg

Keadaan seterusnya B cuba mengejar dengan dengan menyimpan rm400 sebulan, tempoh yang sama hasilnya pada usia 55 tahun, rm159 ribu, masih gagal untuk mengejar A yang lebih sedikit jumlahnya tapi MULA AWAL! Pelaburan unit amanah perlukan MASA. Oleh itu melaburlah selalu dan seawal mungkin dan nasihat saya jangan lambatkan keputusan anda untuk menyimpan. Tahniah Adik A kerana telah memulakannya!

20120211-085528.jpg
Terperanjat sebentar bila Adik A menyerahkan rm10 ribu tunai sebagai pelaburan awal. Pesan saya beri saya cek ya dik. Tersenyum gembira, adik semuda ini punya visi dan matlamat kewangan yang jelas.

Saya juga dalam mode gembira pagi ni. sedang menunggu kakak Adik A dan kawannya yang telah menelefon saya untuk datang ke rumah saya pagi ini. Matlamat mereka jelas, juga ingin merancang hari tua cemerlang.

Anda bagaimana?

This entry was posted in RUJUKAN JPLATINUM and tagged , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Cost of Procastination

  1. mariahibrahim says:

    thanks lela…..very clear n teruja dan tak sabar2 nak minta prospect n existing clients to do this…..tqvm….

  2. Artikel yang padat dan berisi. Tertunggu-tunggu artikel hebat dari GAM hebat..!! :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>