4 Tips penting ketika membeli EMAS

SUMBER : PERSONAL MONEY MARCH 2012

Muka surat 62 & 63

20120428-123759.jpg

20120428-123839.jpg

1) Ambil sedikit masa

Jangan terburu-buru ketika membeli atau menjual emas, dan jangan beli kerana mengikut orang lain. Untuk berjaya dalam pelaburan emas, kena sabar, tidak mengikut emosi dan berupaya memahami trend utama, bagaimana harga ditentukan.

2) kenaikan pegangan secara perlahan

Emas fizikal tidak menghasilkan pendapatan. Pelabur yang memegang emas meraih keuntungan dalam jangka masa panjang. Harga emas turun naik, maka strategi pemurataan kos ringgit adalah pendekatan yang disyorkan bagi pelaburan emas untuk memanfaatkan turun naik harga ini.

3) Rancang bila nak jual emas yang dilaburkan.

Bagi pelabur emas yang merancang untuk menjual pegangan emas, STARTEGI amat diperlukan untuk beli dan jual ini.

HARGA EMAS TIDAK AKAN SENTIASA NAIK, hanya dalam keadaan ekonomi tertentu sahaja harga emas sentiasa menaik, dan pelabur emas juga perlu memastikan adanya “ready market” atau pembeli.

4) sentiasa pastikan pegangan pelaburan emas dalam kadar yang minima

Emas adalah sebahagian daripada kepelbagaian dalam pegangan pelaburan. Jika anda ingin memegang emas fizikal, nisbah pegangan yang disyorkan bagi keseluruhan nilai pelaburan adalah lebih kurang 5%. fahamkan risiko, objektif dan jangka masa sebelum melabur di dalam emas.

Walaubagaimanapun JANGAN BENARKAN pegangan EMAS melebihi daripada 20% daripada jumlah keseluruhan portfolio pelaburan anda!

This entry was posted in MY READING LIBRARIES and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>