40 Teknik rasulullah mengajar

Alhamdulillah hujung minggu diisi dengan membaca buku hadiah daripada sifu saya Azizah Saad. Buku yang sangat bagus untuk para leader & pendidik. Saya sangat menggalakkan anda memiliki buku ini, kerana himpunan hadith yang superb!

20120409-082128.jpg
Sempat saya meringkaskan nota tapi membaca penuh daripada buku ini lebih best.

Rasulullah pendidik terulung

Teknik 1: menjadikan dirinya sendiri dan budi pekertinya sebagai model pendidikan

Akhlak rasullullah adalah alquran. Dalam mengajar rasullullah menerangkan teori secara praktikal contoh cara berwuduk, solat dan membersihkan najis

Teknik 2: mengajar secara beransur-ansur

Mulakan dengan perkara yang lebih penting. Mengajar sekaligus akan menimbulkan perasaan jemu dan apa yang dipelajari tidak dapat dikuasai dengan baik

Teknik 3: Meraikan kesederhanaan dan menjauhi daripada perkara yang membosankan

Rasullullah cukup memperhatikan waktu dan keadaan para sahabat ketika mengajar.

Hadith rasullullah riwayat Bukhari 67 & Muslim 3264. Daripada Anas bin Malik

“mudahkanlah dan jangan menyusahkan dan berilah khabar gembira dan janganlah kamu menakut- nakutkan ( sehingga menyebabkan manusia lari daripada agama Allah”

Teknik 4: Meraikan perbezaan pelajar ketika mengajar.

Rasullullah berinteraksi dengan setiap individu berdasarkan kefahaman dan bersesuaian dengan kedudukannya dan memberi nasihat sesuai dengan keadaan seseorang. Para pendidik perlu memiliki sifat sabar dalam mendidik dan mengajar.

Seorang murid pula perlu memiliki perasaan timbang rasa dan kasih kepada gurunya.

Teknik 5: Dialog dan bersoal jawab (interaksi dua hala)

Antara dialog yang mashyur:
Rasullullah bertanya siapakah orang yang muflis?
Sahabat menjawab, orang yang tidak mempunyai harta.
Lalu baginda bersabda: orang yang muflis adalah mereka yang datang pada hari qiamat dengan ibadah solat, puasa dan zakat & dia datang dengan keadaan mencaci si fulan, menuduh dan makan harta secara haram, membunuh, memukul, maka pahala & kebajikan diberi kepada orang yang dianiaya dan dia dilemparkan ke api neraka

Ketika berdialog, seorang murid perlu hendaklah menjaga tatatertib ketika berhadapan guru di mana dibuktikan oleh jibril ketika bertanya pada rasulullah tentang rukun iman, rukun islam, jibril meletakkan kedua tapak tangannya di atas pehanya sendiri dan duduk di dalam keadaan penuh adab.

Teknik 6: perbualan dan pertimbangan akal fikiran

Para daie perlu menguasai ilmu psikologi dengan baik kerana rasul tercinta merupakan seorang ahli kaunseling yang berjaya

Teknik 7: Menyoal pendengar bagi menyingkap kecerdikan dan pengetahuan mereka.

Tujuan rasullullah menggerakkan kecerdikan & membangkitkan kebijaksanaan.

Teknik 8: Bahasa kiasan dan perumpamaan

Satu kaedah memahami hukum syarak dengan jelas

Teknik 9: perbandingan dan perumpamaan

Di dalam alquran juga banyak perumpamaan

Teknik 10: melukis dan melakar PETA minda

Rasulullah melukis di atas pasir menerangkan pada sahabat.

Teknik 11: menggabungkan percakapan dengan isyarat

Baginda menggunakan perkataan dan menunjukkan dengan menggunakan dua tangan baginda

Teknik 12: mempamerkan benda yang dilarang sebagai penegasan terhadap pengharamannya.

HR ibnu majah rasullullah mengangkat sehelai kain sutera & emas kemudian bersabda: sesungguhnya kedua benda ini haram bagi umatku lelaki dan dihalalkan bagi ummatku wanita

Teknik 13: penyampaian maklumat tanpa didahului dengan persoalan

Teknik 14: menjawab persoalan yang diajukan

Teknik 15: menambah jawapan lebih daripada yang ditanya

Teknik 16: berpaling (dengan memberi jawapan lain) dari soalan yang dikemukakan

HR Muslim :

Seorang lelaki bertanya rasullullah ada 3 keadaan lelaki berperang dengan sebab 1) mendapat harta rampasan 2) supaya orang menyebut-nyebut namanya 3) menunjukkan dia gagah berani. Siapakah bertiga ini berperang di jalan Allah? Lalu rasullullah menjawab, orang yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah maka orang itu yang berjuang kerana Allah.

Teknik 17: meminta penyoal mengulangi pertanyaannya agar jawapan yang diberikan lebih sempurna

Teknik 18: menyerahkan kepada pendengar untuk menjawab persoalan bagi menguji mereka

Teknik 19: menguji orang yang telah mengetahui tentang sesuatu perkara dan memujinya jika jawapannya tepat

Seorang pendidik perlu menunjukkan kasih sayang kepada anak murid seperti mana yang ditunjukkan oleh baginda.

Teknik 20: mendiamkan diri dan membenarkan apa yang berlaku

Teknik 21: menggunakan kesempatan terbaik bagi menyampaikan ilmu

HR Albukhari muslim

Drpd saidina omar, telah datang sekumpulan tawanan & ada seorang wanita yang memerah susu & mencari anaknya yang hilang & mendapati anaknya berada di dalam tawanan lantas mengangkat dan menyusukan, nabi bersabda, adakah kalian fikir ibu ini akan menampakkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab, tidak dan ibu ini akan menjaga selagi mana ia mampu menjaga. Lalu baginda bersabda, Allah lebih mengasihi hambanya daripada kasihnya perempuan ini terhadap anaknya.

Teknik 22: menggunakan pendekatan seloka dan bergurau senda.

Teknik 23: mengukuhkan pengajaran dengan

Teknik 24: pengulangan bicarakata sebanyak 3 kali sebagai penegasan

Teknik 25: menukar cara duduk dan pengulangan kata-kata demi menggambarkan peri pentingnya perkara yang ingin disampaikan

Teknik 26: menarik tumpuan pendengar dengan mengulangi panggilan dan melewatkan jawapan

Teknik 27: memegang bahu atau tangan pendengar bagi menarik perhatian

Teknik 28: menyatakan sesuatu di dalam bentuk kesamaran agar pendengar menyingkap perkara tersebut sebagai satu bentuk galakan atau tegahan.

HR ahmad 12236

Daripada saidina Anas, rasulullah menyebut 3 hari berturut seorang lelaki ansar yang masuk syurga & saidina Abdullah mengekori lelaki ansar itu & cuba melihat amalan lelaki ansar ini dan tiada yang istimewa melainkan lelaki ini bercakap benda yang baik-baik belaka. Setelah ditanya lelaki ansar itu menyatakan amalan dia adalah dia tidak pernah menipylu dan berhasad dengki terhadap kebaikan yang dinikmati oleh orang lain yang dikurniakan Allah taala kepadanya.

Teknik 29: menyampaikan sesuatu perkara secara umum kemudian menghuraikannya agar ia lebih jelas dan lebih mudah untuk diingati dan difahami

Teknik 30: penyebutan angka bilangan secara umum kemudian menghuraikannya satu persatu

Teknik 31: memberi nasihat dan peringatan

Teknik 32: kaedah galakan dan ancaman

Rasulullah tidak akan tertumpu soal ancaman kerana nescaya manusia akan lari daripada dakwah dan baginda tidak akan fokus pada berita gembira semata kerana enggan umatnya bersikap malas dan enggan beramal

Teknik 33: menyebut kisah dan berita ummat terdahulu

Teknik 34: muqaddimah yang lembut dalam perkara yang menimbulkan rasa malu.

Teknik 35: memadai dengan bahasa kiasan dan isyarat didalam mengajar perkara yang agak disegani

Teknik 36: memberi tumpuan khusus terhadap wanita

Teknik 37: marah dan bersikap tegas ketika perlu

Rasulullah tidak pernah murka melainkan berkaitan hak-hak Allah swt

Teknik 38: kaedah penulisan

Baginda mempunyai lebih 15 penulis wahyu

Kaedah 39: mengarahkan sahabat untuk belajar bahasa asing untuk menyampaikan ilmu dan dakwah

Kaedah 40: penyampaian ilmu melalui keperibadian diri baginda yang mulia.

This entry was posted in MY READING LIBRARIES and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>