$EN-SIBLE LESSONS

Sumber rujukan: majalah “calibre” Jan
20120203-080140.jpg

20120203-080502.jpg

20120203-080541.jpg

” $EN-SIBLE LESSONS”

Statistik menunjukkan 41 orang di istihar muflis setiap hari di Malaysia disebabkan hutang credit card dan kebanyakannya berumur bawah 40 tahun. Maka sebagai ibu bapa sangat penting untuk mengajar anak-anak kita tentang konsep pengurusan wang.

Beberapa langkah penting yang membantu anak-anak mempunyai asas kewangan untuk masa hadapan mereka:

Langkah 1: kenalkan konsep duit

Kenalkan dan ajarkan anak-anak kita mengira duit sedari kecil. Ajarkan mereka beza ringgit dan sen.

Langkah 2: kenalkan nilai duit

Didik mereka apa yang duit boleh beli dengan membawa mereka ke kedai runcit. Bezakan harga dan kualiti sesuatu barang. Anda juga boleh memberikan duit kepada anak-anak untuk membayar coklat dan mengira baki duit.

Langkah 3: kenalkan konsep mencari duit

Bantu anak-anak seawal mungkin dengan menerangkan kepada mereka bahawa tiada yang percuma dan perlu bekerja keras untuk mendapatkan duit. Upah anak-anak dengan kerja yang sesuai.

Langkah 4: kenalkan konsep menyimpan

Habit menyimpan duit secara berdisiplin sangat penting ke arah pengurusan kewangan yang cekap. Ajar mereka untuk menyimpan sebahagian daripada elaun harian atau upah atas kerja yang diberikan. Tunjukkan bagaimana dengan menyimpan mereka boleh membeli sesuatu yang mereka sangat suka seperti basikal baru.

Langkah 5: kenalkan konsep berbelanja mengikut perancangan

Pastikan anak-anak di didik dengan nilai-nilai murni sejak kecil di antara konsep “mahu” dan “perlu”. Naikkan elaun harian mengikut umur anak-anak dan ajar mereka berapa yang perlu dibelanja, disimpan dan diberi untuk kebajikan dan yang memerlukan.

Langkah 6: kenalkan kepada mereka konsep credit card dan elemen ekonomi yang lain

Ajar mereka credit card bukanlah duit percuma dan juga tolak duit elaun harian mereka bagi memperkenalkan konsep cukai.

This entry was posted in MY READING LIBRARIES and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>