Travelog Tarbiah


Buku ini peneman ketika di dalam flight pergi & balik JB-Penang. 

Sedia maklum jadual ustaz dr zaharuddin yang sangat padat, apakah motivasi beliau? 

“Kita semua perlukan motivasi. Motivasi terunggul adalah untuk mendapatkan redha dan syurga Allah.”

Saya tidak lah sesibuk uzar (ustaz zaharuddin- presiden murshid, pensyarah, UIAMPenasihat syariah kewangan tempatan & anatarabangsa, kolumnis, penulis buku dan pendakwah),
namun kandungan buku ini cukup membuatkan semangat semakin membara, 

✅ “Sesungguhnya Allah, malaikat, penduduk langit dan bumi sehinggakan semut di sarangnya dan ikan di lautan akan pasti mendoakan buat orang yang mengajar ilmu kebaikan” – Al-Tirmizi. 

✅ Kematian adalah motivasi, sebagaimana Rasullullah terapkan kepada umatnya, steve job juga menggunakan konsep “merasa akan mati” sebagai motivasi diri untuk membuat keputusan yang tepat di dalam kehidupan.

“Remembering that I’ll be dead soon is the most important tool I’ve ever encountered to help me make the big choices in life. Because almost everything – all external expectations, all pride, all fear of embarrassment or failure- these things just fall away in the face of death, leaving only what is truly important. Remembering that you are going to die is the best way i know to avoid the trap of thinking you have something to lose.”

✅ “Sesungguhnya dengan kesukaran itu adalah kesenangan” – Surah Al-Syarh 94:5 – ayat ini adalah inspirasi bagi menangani kegagalan. 

✅ INPIRASI dalam MERANCANG KERJAYA & MASA

” Serulah manusia ke jalan kebaikan dan laranglah mereka dari jalan maksiat dan mungkar. kelak di akhir zaman akan sampai satu masa di mana orang yang sabar (dalam menjalan tugas amar makruf nahi mungkar) seperti menggenggam bara api, manakala orang masih terus berjuang dan bekerja (ke arah memperbaiki manusia) maka ganjarannya adalah seperti 50 orang lelaki yang beramal seperti amalan mereka. Kemudian baginda di tanya”wahai rasullullah, maksud kami 50 lelaki dari kalangan merekakah?” Jawab baginda “50 lelaki dari kalanganmu (sahabat) ” – abu daud, Al-Tirmizi

???? hadith di atas cukup kuat memberikan motivasi untuk mengidam pahala seperti para sahabat. Allahumma amin. 

✅ Barangsiapa yang menunjukkan jalan dan mempelopori sesuatu kebaikan (lalu orang mengikutinya), dia akan mendapat pahala tersebut serta pahala orang yang mengikutinya (samapai hari kiamat) tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun. – shahih muslim

???? mudah-mudahan kerjaya saya mengajak ramai orang berhijrah ke pelaburan unit amanah berasaskan syariah menjadi amal yang di kira oleh Allah SWT berpanjangan ilmu ini hingga ke hari kiamat. 

Rasa lebih bersemangat nak jumpa lebih ramai orang seterusnya membuang rasa malas & rasa sudah cukup.

Terlalu banyak ikmu yang saya dapat melalui buku ini, terlalu panjang untuk di huraikan, saya ringkaskan mana-mana yang sangat memberi impak, & akhir untuk di renung teguran Allah ini,

” Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit” – Al-Tawbah 9:38

This entry was posted in MY READING LIBRARIES and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>