GDP – Keluaran dalam negara kasar (KDNK)


✅ cara ukur ekonomi nasional. 

KDNK – jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). 

Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.

✅ formula kiraan KDNK

KDNK = penggunaan (consumption atau “C”) + pelaburan kasar (gross investment atau “I”) + perbelanjaan awam (government spending atau “G”) + (eksport atau “X” − import atau “M”), atau,

KDNK = C + I + G + (X-M)

✅ pendekatan KDNK 

KDNK boleh dinilai melalui 2 pendekatan 
pendekatan pendapatan (income approach)

pendekatan perbelanjaan (expenditure approach)

✅ Kenapa kena belajar GDP atau KDNK seperti di atas? Apa kaitan dengan Pasaran saham? 

1) KDNK adalah penanda aras untuk menentukan level ekonomi

2) Penanda aras untuk ukur prestasi ekonomi antara negara – (tapi bila kita nak ukur kena ukur ikut taraf negara, sebagai contoh singapore adalah negara maju, GDP 3.0 perbandingan bukan Malaysia, negara membangun 5.0, comparison singapore adalah australia. 3.0. kalau GDP Australia turun 2.5 maksudnya ekonomi slow down. 

✅ kalau GDP naik adakah stock market akan naik? 

GDP bertujuan memberikan data ekonomi bagi pemain saham/decision maker tetapi GDP tidak memberi kesan secara langsung kepada pasaran saham. 

terdapat banyak faktor2 lain yang mempengaruhi pasaran saham.

This entry was posted in TECHICAL & MARKET and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>