PANIK! MARKET MALAYSIA AKAN CRASH

Kecoh 2/3 hari ini, Jangan beli property atau kereta, jangan invest, JANGAN JANGAN, September market Malaysia akan CRASH. 
Mesej yang Viral ini Copy & Paste, siapakah gerangan yang bertanggungjawab atas statement yang di keluarkan itu? 

Ada yang tulis Tun Daim Zainudin, ada berbagai version tulis copy n paste. Betul ke Tun Daim yang tulis? Saya pasti bukan Tun Daim yang menulis. Mesti ada press conference minta dia komen supporting info. Mesej ini macam pernah dapat 2 tahun lepas, di ubah sedikit. Yang di lampirkan adalah berita maybank menutup cawangan. 

Kalau orang ini bertanggungjawab dengan tulisan, mesti dia mengaku apa yang di tulis.

Daripada pandangan saya yang bukan lah pakar ekonomI. Melalui pembacaan & apa yang saya belajar sebagai orang awam:

1) Cash Deposit di Malaysia maksudnya Jumlah orang malaysia simpan duit di bank 
Data akhir Dec 2014 – RM 1251 Billion

Syarikat – RM 720 Billion

Individu – RM 531 Billion

???? duit atas ini bukan duit kwsp, bukan duit kerajaan, duit ini adalah duit kita-kita semua & duit syarikat-syarikat yang di simpan di dalam akaun saving biasa & FD. Kalau Malaysia bankrupt, rakyat masih boleh berbelanja kerana reserve simpanan yang tinggi. Ini akan membantu merancakkan ekonomi kembali. 
2) Itu baru duit yang ada di saving account & FD, kemudian duit yang ada di Bursa. 60% pegangan Bursa adalah melalui pelaburan syarikat-syarikat di Malaysia. 17% adalah pelabur runcit / pelabur individu manakala baki 23% adalah pelabur asing. Syarikat melabur di Bursa berasaskan FA – fundamental analysis, TA, Technical analysis bukan di pacu oleh spekulasi. Nampak tak yang Bursa kita ni sangat defensive? 

3) Bank Negara Malaysia menurunkan interest rates 3% baru -baru ini. Bilakah kali terakhir Interest di turunkan? 

Tahun 2009, ketika kegawatan ekonomi 2008. Selepas interest rates di turunkan, rakyat mempunyai lebihan utk berbelanja & ini akan merancakkan semula ekonomi. 

Kesan daripada penurunan interest baru-baru ini kita lihat orang mula kembali minat kepada sektor hartanah. 

4) Penurunan sektor hartanah & ekuiti telah berlaku sejak 2 tahun lepas. Bursa mencatat paling tinggi pada 2014 hampir 1890. Ini antara bearish market yang panjang. Kita sudah lama di dalam bear ini. Rules bagi ekonomi, setiap yang jatuh akan naik & yang naik akan jatuh. 

5) Banyak bank menutup cawangan seperti CIMB & MAYBANK. Ramai orang telah beralih kepada digital banking. Saya sendiri sudah lama tak ke bank untuk membayar loan rumah & loan kereta. Penutupan ini di lihat daripada sudut positif memberikan mereka lebihan modal untuk memperbaiki & menaik taraf operasi dengan menutup mana-mana cawangan yang dilihat tidak memberikan kelebihan kepada mereka. Restructure bukan bermaksud syarikat gulung tikar. Restructure banyak yang memberi impak positif. Kerana itu saya tidak menangguk di air yang keruh dengan menyebarkan syarikat competitor menutup cawangan kerana mereka dah tak stabil. (Berdosa kalau kita salah, umpama fitnah) 
6) Dalam ekonomi semuanya bergantung pada demand & supply. Minyak adalah satu komoditi yg paling utama tanpa alternatif buat masa ini. Kalau minyak terus jatuh, Shell, exxon tidak akan teruskan kerja pencarian & penggalian minyak. Bila keadaan itu berlaku, apakah akan berlaku terutama pada industri pengangkutan samada darat, udara & laut. Semuanya menggunakan minyak untuk bergerak. Permintaan akan sentiasa ada tapi sekiranya harga minyak pasaran kurang dari harga kos & syarikat minyak tidak lagi mengeluarkan minyak, akan berlaku kekurangan supply sedangkan permintaan masih sama. Bila ini berlaku maka secara sendiri, harga minyak akan naik disebabkan banyak permintaan.

6) Walaubagaimanapun saya tetap bersetuju dengan statement viral tersebut agar simpan duit. Ya. Cuma JANGAN PANIK! Kalau kita tak ambil kesempatan di atas PASARAN SAHAM yang berada pada PARAS DISKAUN & juga harga HARTANAH yang rata-rata berada pada paras Below Market Value, kita yang RUGI. 

7) Apply Konsep KOS PURATA RINGGIT. Invest selalu secara berkala. Ambillah kesempatan di atas nilai hartanah yang rendah. Kuatkan Holding Power.

This entry was posted in TECHICAL & MARKET and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>