Kisah kejayaan

GAM Norlela Khalidah Binti Darmin

 

Berasal daripada keluarga yang susah, mengorak langkah menjadi insan yang memberi manfaat kepada yang lain. Bekas jurutera bekerja selama 8 tahun di syarikat multinasional jepun, dengan rutin kerja yang sangat tertekan dan memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Sama seperti insan lain yang mempunyai impian dan ingin berubah, pelbagai pekerjaan sampingan dilakukan seperti mengajar tuisyen matematik tambahan selama enam tahun setiap hujung minggu.

Akhirnya saya bertemu peluang perniagaan yang sangat hebat. Menceburi industri unit amanah adalah satu perkara yang sangat indah pernah hadir dalam hidup ini. Walaupun pada asal agak skeptikal dengan potensi diri, namun percubaan yang sangat membuahkan hasil yang sangat hebat.

Saya menduduki peperiksaan unit amanah pada september 2005, cuba melakukan prospecting namun gagal pada percubaan pertama dan mengambil tindakan untuk melupakan buat sementara, namun kegigihan upline saya Pn. Suriani yang sangat istiqmah membuahkan hasil. Akhirnya selepas tidur buat seketika, march 2007 menjadi saksi, melalui SUCCESS Agent seminar yang saya hadiri, saya nekad untuk berubah.  BERUBAH… & memang saya sangat BERUBAH.

10 January 2008 adalah tarikh keramat. Saya meletakkan jawatan dan terus menceburi bidang unit amanah ini sepenuh masa. Subhanallah, berkat usaha yang gigih, saya dinaikkan pangkat ke agency manager pada MAY 2008, seterusnya Group Agency Manager pada MAY 2010.

Sehingga kini saya mengetuai rangkaian agensi seramai 360 orang di bawah agensi yang saya namakan JPLATINUM consultants.  J adalah bermaksud JUARA & JUTAWAN Platinum dan saya memenangi pelbagai anugerah kejayaan sepanjang menceburi karier yang sangat hebat ini.

Attitude saya mudah… “PEKAK & TEBAL”

Saya sangat “PEKAK” pada NEGATIVE comment, rejection.

“TEBAL” – makin tebal muka maka makin tebal poket saya.

 

7 Responses to Kisah kejayaan

  1. Norharizan Bt Uda Osman says:

    Tahniah kak.. akak dah berjaya dan saya teruja untuk berjaya macam akak.. saya harap dapat tunjuk ajar dari akak selepas ini.. nor/ipoh.

  2. za says:

    saya suka tagline akak and nak copy and practice it
    “pekak&Tebal”….

  3. fankufa says:

    ohsem la akak ney!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>